Dengan kecanggihan penggunaan teknologi pada zaman ini, majoriti ibu bapa mula mengadaptasi kepada situasi ini dan menggunakan bantuan peralatan teknologi untuk menghiburkan anak masing-masing.

Setiap kali anak menangis, merengek atau untuk membuatkan anak-anak leka sementara kita sedang sibuk bekerja, ramai ibu bapa akan memberikan telefon pintar kepada anak supaya mereka akan kekal diam. Ada yang membenarkan anak-anak menonton video di YouTube, bermain permainan dan sebagainya.

Sina News

Namun begitu, anda perlu menimbangkan semula kaedah ini dan berfikir sejenak sebelum ingin mendedahkan anak kepada ancaman bahaya lain seperti menjadi rabun di usia yang kecil.

Baru-baru ini, China Times melaporkan satu kejadian mengejutkan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setengah yang disahkan mengalami myopia atau rabun!

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Xiao Man dari Jiangsu, China itu dikatakan sering didedahkan dengan penggunaan telefon pintar oleh kedua ibu bapanya sejak Xiao berusia setahun!

Kedua ibu bapa Xiao mendakwa bahawa Xiao menjadi tenang setiap kali menggunakan telefon pintar. Justeru, mereka akan membiarkan anak kecil itu bermain dengan gajet berkenaan setiap hari selama berjam-jam.

Setelah setahun berlalu, mereka mula menyedari kelakuan dan tabiat aneh yang dilihat pada Xiao. Xiao dikatakan sering mengecilkan matanya selain mengerutkan dahi.

SCMP

Namun, tiada siapa yang mengambil berat mengenai perubahan itu dan beranggapan ianya sekadar kelakuan normal yang dialami oleh setiap kanak-kanak yang sedang membesar.

Bagaimanapun, pada suatu hari, kedua-dua ibu bapa Xiao mengambil keputusan untuk membawa anak mereka ke hospital bagi melakukan pemeriksaan mata.

Alangkah terkejutnya mereka pada ketika itu apabila doktor mengesahkan anak kesayangan mereka itu mengalami rabun yang sangat teruk dan memerlukan kuasa kanta mencecah 900!

Doktor turut memaklumkan bahawa kerosakan mata yang dialami oleh Xiao pada usia yang begitu muda ini tidak dapat dipulihkan semula dan berkemungkinan besar akan menjadi lebih teruk apabila dia membesar.

Singapore Motherhood

Justeru, doktor menasihati orang ramai khususnya para ibu bapa untuk mengharamkan penggunaan peranti teknologi ini kepada kanak-kanak di bawah usia tiga tahun.

Sementara itu bagi kanak-kanak yang berusia di antara tiga hingga enam tahun, tempoh maksima yang dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar hanyalah 30 minit sehari!

Sekiranya anda melihat anak-anak mula mempamerkan simptom yang berkaitan penglihatan seperti kerap menggosok mata, mengelipkan mata, mengecilkan mata ketika melihat sesuatu, mengerutkan dahi dan sebagainya, segera bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular