Tidak semua orang bernasib baik untuk menerima pendidikan tanpa apa-apa halangan. Namun, bagi sesetengah orang, untuk mendapatkan pendidikan adalah suatu perkara yang perlu diusahakan dan tidak hanya boleh didapati secara percuma.

Begitulah hal yang terjadi kepada seorang pemuda dari Cauayan, Isabela, Filipina, yang bernama Joel Quitoriano yang berusia 25 tahun.

ABS-CBN

Dilahirkan dalam keluarga petani yang kurang berkemampuan, Quitoriano terpaksa membesar di Ilocos Sur bersama dengan paderi dan tinggal di rumah anak yatim di Cabugao.

Walaupun menjalani hidup yang agak mencabar, namun impian Quitoriano adalah untuk menamatkan pengajiannya dan kembali bersama dengan keluarganya. Kini, Quitoriano adalah pelajar tahun kedua di University of Northern Philippines di Vigan, Quitoriano dan sedang mengikuti pengajian Pentadbiran Awam.

Untuk membiayai pengajiannya, Quitoriano menjual aiskrim gula selepas tamat kuliah.

“Jadual kuliah saya adalah dari 8:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Bermula 12:00 tengah hari dan seterusnya, saya akan berniaga. Apabila saya pulang, saya akan menghasilkan aiskrim gula lagi. Itulah yang saya selalu lakukan.”

ABS-CBN

Mendapat kelulusan untuk berniaga di dalam kampus, Quitoriano sering muncul dengan dua kotak penuh bekas aiskrim gula. Untuk sebatang aiskrim gula, Quitoriano menjualnya dengan harga P10 (RM 0.80).

Quitoriano juga menegaskan bahawa dia tidak berasa malu untuk menjual aiskrim gula, malah Quitoriano bangga kerana melakukan sesuatu yang mulia.

Bukan itu sahaja, rakan sekelasnya juga sangat berbangga dengannya dan mengagumi keazamannya. Mereka juga adalah pelanggannya.

“Dia benar-benar mahu belajar. Dia bertekad untuk membantu keluarganya,” kata Angel Apuya, salah seorang rakan sekuliah Quitoriano.

ABS-CBN

“Dia menjalankan perniagaan untuk membiayai pengajiannya sendiri. Kadang-kadang orang bertanya sama ada kami malu kerana mempunyai rakan sepertinya. Saya berkata saya tidak malu sama sekali kerana dia melakukannya untuk membantu keluarganya,” tambah rakan lain, Lani Elizalde.

Guru Quitoriano, Joselito de la Rosa juga berkongsi bahawa pemuda itu memberi inspirasi kerana dia adalah seorang pelajar yang baik dengan gred yang bagus dan bijak menguruskan masa.

Bekerja keras untuk mencapai impiannya untuk menamatkan pengajian dan dalam masa yang sama menyokong keluarganya pastinya bukan tugas yang mudah, tetapi Quitoriano berjaya melakukannya.

Semoga berjaya kami ucapkan, Quitoriano!

Sumber: ABS-CBN

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular