PULAU PINANG – Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta agar perniagaan di negeri tersebut berhenti menggunakan beg plastik mulai hari Isnin, 1 Julai 2019, demikian dilaporkan oleh Malay Mail.

Ini bermakna bahawa sekiranya terdapat individu yang terlupa membawa beg guna semula atau kitar semula semasa membeli-belah, maka mereka tidak akan diberi pilihan untuk membayar 20 sen untuk bayaran beg plastik di kaunter pembayaran.

The New Paper/ Gambar Hiasan

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh dalam kenyataannya, “Kami tidak mahu mereka melakukannya kerana ia hanya sebagai dasar. Pejabat kami akan menyediakan poster buat semua pengendali premis perniagaan untuk menggalakkan pengguna berhenti secara sukarela menggunakan beg plastik.”

Dengan berkata demikian, inisiatif baru ini diharapkan dapat mempengaruhi orang ramai yang kerap berbelanja di tempat-tempat yang disebutkan di bawah:

  • Pasar raya besar
  • Pasar raya
  • Farmasi
  • Kedai serbaneka
  • Pusat membeli-belah

Pixabay / Gambar Hiasan

Sekiranya anda masih tidak tahu, langkah terbaru oleh kerajaan Pulau Pinang adalah satu lagi langkah ke arah matlamat penggunaan beg plastik sifar, inisiatif yang bermula pada bulan Julai 2009.

Sebelum ini, caj 20 sen dikenakan bagi setiap beg plastik sekiranya pelanggan terlupa untuk membawa sendiri beg kitar semula mereka ketika keluar membeli-belah.

Berikutan inisiatif “20 sen untuk sehelai beg plastik”, kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengumpul yuran beg plastik sebanyak RM8.9 juta dari tahun 2009 sehingga bulan Mac 2019.

Wang tersebut telah disalurkan ke dalam program sosial ekonomi negeri di bawah Agenda Ekonomi Saksama bagi golongan dengan isi rumah berpendapatan rendah.

Sumber : The Malay Mail

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular