Bau roti yang baru dibakar pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja. Tetapi tahukah anda bahawa bukan manusia sahaja yang sukakan bau roti segar ini. Rupa-rupanya, kucing juga menggemari bau roti juga!! Aneh bukan?

Kita semua tahu kucing merupakan spesies haiwan yang mempunyai kemahiran tinggi dan boleh memburu. Cicak, burung, lipas, tikus dan pelbagai lagi haiwan lagi pasti akan menjadi buruan mana-mana kucing…

Walau bagaimanapun, kucing memburu bukan sekadar untuk mendapatkan makanan sahaja tetapi naluri semula jadi haiwan ini menyebabkan kucing akan mengasah kemahiran sedia ada setiap kali mempunyai peluang.

Kami akan kongsikan beberapa kucing yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk berebut roti dan mencuri roti daripada tuan sendiri.

#1 Mengidam sangat nampaknya…

#2 Kucing pun sukakan piza

#3 Alahai comelnya…

#4 Amboi garangnya muka!

#5 Sikit lagi…

#6 Macam mana nak buka plastik ini?

#7 Laparnya!

Meskipun kucing sangat menggemari roti, perlu diingatkan bahawa makanan ini boleh mengakibatkan isu kesihatan lain pada kucing seperti perut kembung. Jadi, disarankan agar anda memantau pemakanan si comel dan memastikan diet sehariannya mengandungi tidak lebih daripada 10% hingga 15% makanan manusia.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular