Seluruh rakyat Malaysia menyatakan kesyukuran dan rasa gembira pada hari ini ekoran berita kejayaan doktor pakar di London membuang tumor seberat 200 gram daripada mulut adik Ainul Mardhiah.

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia 9 bulan yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor telah selamat menjalani pembedahan selama lima jam di sebuah hospital di London.

Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Profesor David Dunaway.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kesyukuran dan teruja di atas berita gembira ini, dan pada masa yang sama mereka turut berbangga terhadap pencapaian doktor pakar dari Malaysia.

Harian Metro/Facebook

Dr Amalina Che Bakri menerusi Instagram turut menceritakan detik cemas adik Ainul Mardhiah menjalani pembedahan selama 5 jam.

Menurutnya, risiko pembedahan bagi membuang tumor seberat 200 gram ini adalah sangat tinggi dan memerlukan perhatian serta kepakaran yang amat terperinci.

Dr Amalina juga menceritakan detik di mana beliau tidak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan ibu bapa Ainul. Emosinya yang bercampur baur ketika itu menjadikan situasi lebih sukar namun ia satu pengalaman yang kekal indah.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighed 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done to ensure that baby Ainul would be safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong (also Malaysian-born). They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Thank you to everyone who made this possible, it was a team effort! Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG) @_nrlerwani @ahmadsafiudinn

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

@dramalinabakri/Instagram

Ikuti perkongsian penuh Dr Amalina Che Bakri di bawah:

“Alhamdulillah, Ainul, awak seorang bayi yang kuat!”

Setelah kira-kira 5 jam bertarung di teater, tumor (berat 200 gram) berjaya dikeluarkan. Anda tidak akan dapat bayangkan betapa cemasnya saya ketika di teater. Bayi ini sangat kecil, begitu halus, sangat cantik – jangan bimbang bayi, semua orang ada di sini untuk membantu awak.

Ia merupakan operasi berisiko tinggi, jadi banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum operasi bagi memastikan bayi Ainul selamat. Banyak perancangan, banyak imbasan, banyak mesyuarat, dan banyak kesabaran. Pasukan itu termasuk pakar bedah dari pelbagai kepakaran (termasuk perancang craniofacial, plastik dan perunding kepala dan leher) yang diketuai oleh Profesor David Dunway dan Encik Juling Ong.

Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan. Ainul sedang dipantau selepas operasi dan dia stabil. Apabila saya keluar dari teater dan melihat ibu bapa Ainul, saya tidak dapat mengawal emosi saya. Ia adalah perasaan yang bercampur-campur, seperti satu perjalanan penuh emosi dan pengalaman yang menggembirakan pada masa yang sama.

Ainul, Wani dan Safi adalah seperti keluarga saya sendiri. Sama-sama kita semua doakan agar Ainul pulih. Terima kasih di atas doa anda semua.

Sumber : @dramalinabakri/Instagram , SAYS

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular