Anda fikir semua buah-buahan tropika sudah berasa mewah apabila memutuskan untuk menggantikan epal dengan beberapa keping nanas, tetapi kemudian menyedari bahawa anda masih belum mencuba buah-buahan tropika dengan secukupnya.

Kini kehidupan pencinta buah-buahan akan lebih terbentang luas apabila mengetahui sebenarnya terdapat sejenis pisang khas yang bukan sahaja berwarna biru tetapi rasanya seperti aiskrim vanila.

“Blue Java Banana” atau pisang biru dikatakan mempunyai konsistensi dan rasa yang sangat mirip dengan aiskrim vanila, manakala tekstur luar dengan kulitnya yang berwarna biru membuat rupanya kelihatan aneh.

Menurut NovoTaste, “Blue Java Banana” berasal dari Asia Tenggara, dan tersebar penanamannya ke beberapa benua beriklim sama sehingga ke Australia Utara. Ia juga dikenali sebagai pisang aiskrim di Hawaii, Cenizo di Amerika Tengah dan pisang Hawaii di Fiji.

Sudah pasti anda mahu mencuba memakan pisang yang rasanya seperti aiskrim vanila, bukan?

Vlogger kecergasan dan peminat makanan mentah Grant Campbell dalam laman YouTube, ‘Raw Aussie Athlete’ memberikan pendapatnya pada satu masa lalu dengan menyiarkan reaksinya ketika memakan “Blue Java Banana” dan memberitahu rasanya yang begitu penuh fenomena.

Dalam rakaman video itu, Campbell mengupas kulit pisang biru dan menolak isinya yang masak keluar dari kulit, dengan berkata: “Itu kelihatan nampak teruk, bukan?”

Raw Aussie Athlete/YouTube

Penampilan itu tidak boleh menipu, tetapi kemudian apabila isinya ditolak ke dalam mulut, Campbell dengan perasaan teruja berkata, “Sangat lazat. Amat sukar dipercayai.”

Katanya, “Anda perlu menunggu sehingga pisang ini sangat lembut seperti anda sudah bersedia untuk membuangnya dan kemudian baru boleh menikmatinya dengan rasa ini. Ini adalah masanya yang amat sesuai untuk dimakan.”

Raw Aussie Athlete/YouTube

Seorang lagi YouTuber dikenali LadyFlora yang juga merupkan peminat pisang biru, berkata pisang ini mempunyai ‘rasa yang sangat berkrim’ dan ‘rasa lebih lembut’ daripada pisang biasa.

Kata LadyFlora dalam satu rakaman video, “Teksturnya jauh lebih baik, dan ia juga lebih manis. Ini adalah pisang yang sangat enak.”

Malah, LadyFlora turut menanam pokok “Blue Java Banana” di tamannya, yang mana anda juga boleh lakukan jika membeli benih pisang ini dari penjual dalam talian seperti Amazon dan lain-lain.

NovoTaste menasihati penanaman “Blue Java Banana” perlu sesuai dengan iklim tropika seperti tanah yang hangat, kaya dengan kelembapan yang tinggi, dan memerlukan banyak pembajaan serta cahaya matahari.

Maka kita yang berada di kawasan tropika, perlu mengambil peluang untuk mencuba menanam tanaman pisang biru ini kerana ia mempunyai mempunyai potensi dan nilai komersial yang tinggi.

Sumber : LADBibleFoodytw.com, Miani Fruit, Raw Aussie Athlete|Youtube

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular