Kebanyakan ibu bapa mungkin bersetuju bahawa kadangkala mereka mengimpikan dalam kehidupan untuk mempunyai bayi yang boleh bercakap dan memberitahu ketika mereka sedang lapar atau mahu menukar lampin. Tetapi ayah yang seorang ini jelas tidak mempunyai masalah ketika berbual dengan dengan anak lelakinya yang masih bayi.

Tidak perlu menunggu usia sudah boleh berdiri dan berjalan sehingga boleh bercakap, pelawak DJ Pryor mempunyai keupayaan yang ‘sempoi’ serta tiada masalah untuk memulakan perbualan dewasa dengan anak lelakinya yang berusia 18 bulan dan ia mungkin perkara paling hebat yang akan anda lihat pada hari ini.

Shanieke Pryor/Facebook

Walaupun hanya tahu bagaimana untuk bertutur dalam bahasa pelat kurang difahami, si kecil bernama Kingston Jierre tidak berhenti sama sekali untuk terus berbual dengan ayahnya.

Sebagai seorang yang peramah tidak seperti kebanyakan bayi yang menuturkan kata-kata yang tidak dapat diterima serta difahami, reaksi Kingston bersama ungkapan dan isyarat ketika melayan serta membalas kata-kata ayahnya benar-benar mengatakan semuanya, bahawa si kecil ini seorang yang sudah mampu memahami situasi.

Shanieke Pryor/Facebook

Mempunyai peluang untuk berkongsi perasaan dan bagaimana hari anda dengan anak kecil yang seolah-olah memahami sepenuhnya apa yang anda katakan mungkin satu perasaan terbaik!

“Mereka perlu bekerja untuk itu!” kata ayah ini yang kemudian dipersetujui dengan penuh yakin oleh si bayi Kingston.

“Kita berfikiran sama dengan begitu banyak, bukan?” tambah si bapa DJ Pryor.

Sudah pasti banyak perkara yang boleh diperbincangkan.

Shanieke Pryor/Facebook

Melihat perbualan rancak yang amat melucukan antara ayah dan anak lelakinya, ibu bayi Kingston, Shanieke Pryor memutuskan untuk berkongsi rakaman video ini dan menyiarkannya di Facebook. Klip ini menarik perhatian para netizen dan menjadi tular dengan 53 juta tontonan, hampir 1.5 juta perkongsian, dan 1 juta yang suka di Facebook hanya selepas beberapa hari ia di muat naik.

Malahan, ‘Captain America’ Chris Evans juga tidak dapat menahan rasa lucu dan terhiburnya apabila melihat keletah si kecil Kingston dan memberi komennya mengenai video yang amat comel ini di Twitter.

@ChrisEvans/Twitter

Semua orang pasti bersetuju dengan ‘Captain America’!

Tonton video perbualan comel antara anak dan ayah ini di bawah.

Shanieke Pryor/Facebook

Sumber : Shanieke Pryor/Facebook , Time

Maybe you're interested :

Share

Video Popular