Kini, seluruh umat Islam sedang bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pergi beraya ke rumah sanak-saudara di kampung halaman dan menghadiri jemputan rumah terbuka. Sementara itu, golongan kanak-kanak pula sedang sibuk mengumpul duit raya di rumah jiran tetangga.

Getty Image|Gambar Hiasan

Walau bagaimanapun, bukan semua orang mempunyai peluang cuti untuk menikmati sambutan Hari Raya ini disebabkan oleh jadual kerja yang padat dan kekurangan kakitangan lain. Antaranya pekerja yang terlibat di dalam bidang makanan dan minuman, jualan dan sebagainya.

Twitter @peachesandfeels

Meskipun terpaksa bekerja di Hari Raya, pekerja-pekerja ini tidak melepaskan peluang untuk merasai suasana perayaan dengan menggayakan pakaian tradisional seperti baju Melayu dan baju kurung. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Farah Aiman telah berkongsikan gambar dua orang penyelam skuba profesional yang memberi makan kepada hidupan laut sambil memakai baju Melayu!

Twitter @peachesandfeels

Lebih mengagumkan lagi dan menjadikan keseluruhan situasi ini lebih menarik, kedua-dua penyelam berkenaan turut kelihatan lengkap bersampin sambil memakai tangki skuba. Penularan gambar ini akhirnya telah menarik perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 4,000 retweet dan 5,000 likes!

Twitter @peachesandfeels

Namun, bukan setakat sambutan Aidilfitri, kakitangan Aquaria turut akan mengadakan persembahan yang sama pada perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Hari Natal!

Aquaria KLCC

Jika anda ingin merasai peluang untuk melihat penyelam skuba memberi makan ikan sambil berbaju Melayu, anda boleh berkunjung ke Aquaria KLCC seperti ketetapan di bawah:

Aquaria KLCC

 

Aktiviti: Special Aidilfitri Scuba with Underwater Bicycle Feeding

Tarikh : 5, 6, 7, 8, 9, 15, 16, 22 dan 23 Jun 2019

Waktu : 12 tengahari dan 3 petang

Lokasi : Aquaria KLCC

Sumber: SAYS, farah aiman|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular