DUNGUN – Keriuhan dan kesesakan lalu lintas bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini telah menyebabkan seorang ibu tua ditinggalkan tanpa sengaja oleh anak lelakinya di kawasan R&R Bukit Besi.

Free Images

Lelaki berusia 40-an bersama isteri dan ibu kandungnya yang berusia 73 tahun dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Bukit Payong, Kuala Terengganu. Bagaimanapun, kesesakan trafik yang dahsyat telah menyebabkan lelaki ini berhenti di kawasan rehat dan rawat itu bagi membolehkan isterinya ke tandas.

Lelaki berkenaan yang tinggal di dalam kereta bersama-sama ibu ini kemudian telah terlelap sementara menunggu si isteri pulang dari tandas. Bagaimanapun, tanpa pengetahuan lelaki ini, ibunya telah keluar sendirian ke tandas tanpa mengejutkan anaknya itu.

flickr|Gambar Hiasan

Sebaik sahaja si isteri pulang ke kereta, suaminya terus terjaga dan meneruskan pemanduan tanpa menyedari bahawa wanita warga emas itu masih lagi berada di R&R tersebut. Kejadian ini hanya disedari selepas anak lelaki ini memandu sejauh 196km apabila mereka berhenti di R&R Gambang untuk menikmati makan tengahari.

Sementara itu, warga emas berkenaan dikhabarkan terkejut setelah mendapati kereta anaknya sudah tiada sekembalinya dia daripada tandas. Ibu tua ini segera meminta bantuan daripada orang awam yang kemudiannya menawarkan diri untuk menghantar wanita tersebut ke stesen bas ekspres berdekatan.

Terengganu 11

Bagaimanapun, wanita ini enggan menerima pelawaan tersebut dan memutuskan untuk tetap menunggu di R&R itu. Kira-kira satu jam setengah selepas itu, dua kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan telah terserempak dengan wanita terbabit lalu segera membawanya ke balai polis Bukit Besi.

Terengganu 11

Berdasarkan keterangan yang diambil, wanita tersebut mempunyai seorang anak perempuan yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah yang terletak di Bukit Payong. Justeru, pihak polis telah menghubungi sekolah bagi memaklumkan mengenai kejadian tersebut sekali gus menjejaki anak kepada wanita ini.

Terengganu 11

“Kami memaklumkan anaknya tentang apa yang telah terjadi. Tidak lama kemudian, cucu lelaki kepada wanita ini datang untuk menjemput neneknya pada jam 12.30 tengahari. Warga emas itu telah dibawa pulang ke rumah anak perempuannya yang terletak di Bukit Payong manakala anak lelaki dan isterinya membuat perjalanan patah semula bagi menjemput ibunya itu,” kata ketua polis Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah.

Sumber: NST

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular