Pulau Ketam merupakan sebuah pulau yang terletak berdekatan dengan kawasan perairan di Pelabuhan Klang.

Oleh yang demikian, ia sering kali menjadi lokasi terdekat untuk warga kota mencari ketenangan sebentar daripada kesibukan kota. Namun, ia juga terkenal dengan isu kebersihan – pembuangan sampah!

sereneleticia.blogspot

Pada 8 Jun lalu, seramai 200 orang sukarelawan berganding bahu bersama-sama meningkatkan kesedaran awam mengenai pendidikan kesihatan dan kitar semula dengan mengutip sampah di pulau terbabit.

Acara ini dianjurkan oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai Legacy 91 of Milestone Trainings dengan dibantu oleh ketua kampung, Encik Jack dan penolong pengetua SMK Pulau Ketam. Mereka berjaya mengajak beberapa penduduk di sana untuk turut serta terlibat dengan usaha ini.

8TV.NEWS|Facebook

Menurut Li Xin, selaku penganjur acara ini menjelaskan bahawa sampah sarap di Pulau Ketam berada dalam keadaan yang agak membimbangkan. Terdapat juga segelintir penduduk yang membuang sahaja sampah daripada ruang antara kayu rumah mereka ke bawah rumah.

Malah, sampah tersebut telah membawa kepada pelbagai pencemaran lain seperti merosakkan kualiti air dan menjejaskan ekosistem kehidupan marin, lebih-lebih lagi kepada manusia yang akhirnya memakan hasil makanan laut.

8TV.NEWS|Facebook

Menurut laporan, terdapat 2 projek utama pada hari tersebut iaitu, memungut sampah di kawasan berpaya berdekatan dengan sekolah, di mana seramai 20 orang lelaki pula ditugaskan untuk mengutip sampah di kawasan paya. Dengan hanya 5 jam sahaja, mereka berjaya mengutip 10 tong besar sampah menjadikan kawasan tersebut bersih dan indah.

Manakala satu lagi pasukan ditugaskan untuk menceriakan sekolah dengan lukisan mural, yang melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak bagi mempromosikan bumi yang lebih hijau dan mengingatkan orang ramai agar mengitar semula dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

8TV.NEWS|Facebook

Usaha mereka ini sangat besar sumbangannya pada alam sekitar dan kita seharusnya turut melakukan perkara yang sama.

Jika tiada masa untuk turut serta dalam aktiviti sedemikian, anda masih lagi boleh melakukan perkara yang mudah seperti membuang sampah di tong sampah, menyapu sampah di persekitaran rumah, gotong-royong dan pelbagai lagi. Apa yang penting, jangan buang sampah merata-rata ya!

Sayangi alam sekitar kita…

Sumber: 8TV.NEWS|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular