Kelahiran pramatang boleh menjadi mimpi ngeri yang menakutkan bagi mana-mana ibu bapa. Ibu bapa pastinya diasak dengan kebimbangan sama ada bayi kecil mereka mampu utnuk bertahan atau tidak. Bayi pramatang lebih sensitif dan mudah terdedah dengan bahaya. Oleh sebab itulah mereka perlu dirawat di NICU sehingga berat badan mereka mencapai tahap selamat dan mereka boleh bertahan tanpa bantuan mesin inkubator. Memiliki anak pramatang pastinya sebuah cabaran luar biasa buat ibu bapa yang mengalaminya.

Seorang ibu dari Minnesota, Lauren Vinje dan suaminya, David, menyambut kelahiran anak perempuan mereka, Freya dalam keadaan pramatang kerana lahir beberapa minggu lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Kelahiran Freya walau bagaimanapun telah memberi mereka semangat yang luar biasa.

Ilustrasi- Shutterstock

Selepas lima hari dilahirkan, Freya membuktikan kepada ibu bapanya bahawa dia mampu bertahan dan memberitahu mereka bahawa dia gembira kerana dilahirkan. Senyuman manisnya membuktikan semua itu. Senyuman itu bukan hanya sekadar senyuman tetapi sebuah senyuman yang menyedarkan mereka bahawa harapan itu sentiasa ada.

Ilustrasi – Shutterstock | Susan Schmitz

Lauren menceritakan tentang kisah kelahirannya yang sukar di dalam blog  Birth Without Fear dengan menjelaskan bagaimana dia boleh menghidap preeclampsia, komplikasi ketika mengandung ketika usia kandungannya mencecah 28 minggu.

Menurutnya lagi kesemuanya berjalan baik sehinggalah dia menghidapi komplikasi tersebut. Tambahnya lagi, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila dia tidak dapat mencapai pergelangan kakinya dengan menggunakan tangan dan dia sering melihat seperti ada cahaya yang berkelip.

Laura bagaimanapun berhasil untuk mengekalkan kandungannya sehingga minggu ke-34 namun kerisauannya tidak terhenti di situ. Anak dalam kandungannya telah menyongsang sehingga dia perlu melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan bayinya itu.

Tetapi kakitangan perubatan berusaha untuk menyelamatkan Lauren dan bayinya sehinggalah akhirnya Freya selamat dilahirkan.

Menurut Lauren lagi, Freya dilahirkan dalam keadaan sempurna. Apa sahaja yang dilakukan dia dan suaminya untuk melahirkan Freya ke dunia adalah sesuatu yang berbaloi.

Senyuman Freya selepas lima hari dilahirkan seolah-olah telah menghilangkan segala keresahan dan kesakitan. Melihat Freya tersenyum buat kali pertama ketika di NICU membuatkan ibu bapa itu sangat gembira.

© Facebook | Love What Matters

Lauren berkongsi gambar comel bayinya di laman Facebook Love What Matters berserta kapsyen, “Anak perempuan pertama kami pada usia lima hari. 3 lbs. 14 oz, dia gembira kerana dapat hidup! Gambar inilah yang sering saya lihat sepanjang saya melalui hari-hari saya di NICU. Kehidupan adalah sesuatu yang sangat berharga.”

Senyuman Freya bukan sahaja membahagiakan ibu bapanya malah ibu bapa lain dari seluruh dunia juga. Ada ibu bapa yang mengalami peristiwa yang sama berkongsi kisah mereka, kegembiraan mereka dan ternyata senyuman Freya telah memberi semangat kepada mereka untuk kekal positif.

Hari ini, Freya telah membesar dengan sihat dan menjadi kakak kepada adik baharunya, Elowen. “Dia betul-betul orang yang sama seperti gambar itu,” kata Lauren bergurau. “Dia adalah salah seorang daripada anak-anak yang tersenyum pada semua orang di kedai runcit.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular