Malaysia sentiasa dikenali sebagai negara berbilang kaum, dan hal ini paling menonjol ketika tibanya musim perayaan. Seperti baru-baru ini, musim perayaan bagi muslimin yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagi sebuah keluarga berbangsa Cina yang dirakam secara spontan ketika mereka sedang membantu sebuah keluarga Melayu yang mahu bergembar sempena Hari Raya Aidilfitri sememangnya telah membuat orang ramai berasa terharu.

Shazwan Wong

Menurut gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan nama akaun Shazwan Wong, kejadian yang menyentuh hati itu berlaku di Taman Tasik Taiping, Perak.

Walaupun sebenarnya adegan itu kelihatan normal kerana tiada siapa yang akan menolak permintaan orang lain yang meminta pertolongan, namun ternyata imej tersebut benar-benar membuatkan para pengguna internet terharu.

Gambar itu dimuatnaik dengan tajuk, “Inilah Malaysia! Ini adalah Malaysia yang sebenar!”, dan orang ramai juga mula berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi yang hampir sama.

Twitter

Pengguna Twitter mula memaparkan gambar Hari Raya mereka sendiri di bahagian komen, mempamerkan keluarga pelbagai kaum yang berkumpul bersama sempena Hari Raya untuk menunjukkan cinta dan sokongan mereka.

Seorang pengguna Twitter juga menceritakan pengalamannya di sebuah taman bersama keluarga Cina yang bertanya apakah mereka boleh menyertai gambar-gambar Raya mereka.

Twitter

Pengguna yang lain juga berkongsi bagaimana ahli keluarga mereka yang berbeza agama akan berkumpul semasa Hari Raya untuk ketawa bersama, berbual, menyanyikan lagu dan makan bersama.

Twitter

Kiriman ini ternyata mengundang banyak komen dari para pengguna Twitter. Antaranya yang menulis:

“Mengingatkan saya pada waktu yang hebat ketika era P.Ramlee”

Twitter

“Ini adalah yang terbaik dan Malaysia yang SEBENAR. Jangan biarkan apa-apa memisahkan kita – kita adalah SATU keluarga.”

Twitter

“Tahun Baru Cina akan datang kita pula sama-sama menolong mereka”

Twitter

Terharu sungguh melihat adegan yang manis sebegini. Inilah semangat yang kita mahukan!

Sumber: World of Buzz, Twitter|Shazwan Wong

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular