Seorang wanita di Thailand mengalami kebuntuan setelah mendapati terdapat seekor reptilia sedang menghalang pintu masuk ke rumahnya.

Dia kemudian terpaksa menghubungi pihak polis. Anggota kecemasan yang menjawab panggilan berkenaan dengan menyangkakan bahawa haiwan yang menghalang itu tidak lain dan tidak bukan merupakan seekor buaya!

Setelah pihak polis tiba di rumahnya, mereka amat terkejut apabila mendapati haiwan tersebut hanyalah seekor cicak tokek.

Thailand Police Story

Ketika ditemu bual oleh Coconuts Bangkok, Leftenan Sanae Meungtang berkata, “Wanita yang tinggal menyewa di bilik tersebut berada dalam ketakutan kerana terdapat seekor cicak tokek yang besar tergantung pada pintunya dan tidak mahu lari. Jadi dia menghubungi kami.”

Anggota yang menghalau cicak berkenaan melaporkan bahawa tiada sebarang kecederaan semasa usaha menghalau itu dilakukan, sama ada terhadap cicak mahupun pada manusia.

Dia tidak pula marah dengan tugasan itu namun berasa agak lucu dan berkata, “Lazimnya kami menerima panggilan untuk menghalau ular tetapi ini kali pertama kami menerima tugasan menghalau cicak.”

Thailand Police Story

Menurut Coconuts Bangkok, rasa fobia terhadap cicak tokek dalam kalangan masyarakat di Thailand disebabkan oleh salah faham dengan menganggap cicak berkenaan adalah berbahaya dan pemangsa berbisa yang mampu membunuh.

Walhal, realitinya cicak tersebut agak jinak, comel dan sesuai dijadikan binatang peliharaan untuk mereka yang mengalami alahan terhadap haiwan berbulu seperti kucing dan anjing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kohaku (@589_tomo) on

Sumber: Coconuts Bangkok

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL INSPIRASI Ria

Video Popular