Pasti ramai yang rindukan zaman persekolahan masing-masing. Kita semua mempunyai pengalaman tertentu ketika bersekolah dahulu. Ada yang rajin ke sekolah, ada yang gemar ponteng dan ada juga yang hadir ke sekolah sekadar untuk bertemu dengan rakan-rakan.

Tetapi di Pulau Pinang, terdapat sebuah sekolah yang sungguh unik kerana berjaya mencipta suasana pembelajaran menyeronokkan. Buktinya, majoriti murid sekolah berkenaan mula teruja untuk ke sekolah setiap hari sehingga sanggup datang lebih awal daripada waktu persekolahan…

The Star

Lebih mengejutkan lagi, ada juga sebilangan murid yang ‘mengugut’ ibu bapa masing-masing untuk lari dari rumah sekiranya ibu bapa tidak membenarkan mereka terlibat dengan aktiviti di sekolah!

Ini adalah inisiatif daripada guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Ara, Pulau Pinang yang dikenali sebagai S. Sangga. Menurut laporan The Star, pihak sekolah mula mempraktikkan pendekatan pembelajaran menyeronokkan ini sejak Sangga, 57 tahun mula bertugas di sekolah tersebut pada tahun 2011.

NST

Di sekolah ini, terdapat beberapa kawasan tertentu yang lantainya dicat seperti permainan “Ular dan Tangga” dan juga teng teng. Selain itu, pihak sekolah turut menyediakan sudut bacaan dengan kemudahan komputer bagi membolehkan para murid mencari maklumat di internet!

Gambar Bernama

Semenjak usaha ini dilancarkan, dilaporkan peratusan kehadiran awal para pelajar ke sekolah meningkat! Ada murid yang datang seawal jam 6.30 pagi untuk meluangkan masa bermain sebelum memulakan sesi pembelajaran pada 7.40 pagi!

Di samping mewujudkan suasana persekolahan yang seronok, Sangga turut mendidik murid-murid mengenai kesedaran penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh demikian, setiap hari Jumaat, semua murid akan dibawa untuk melawat kawasan sekolah manakala pada Sabtu pula mengelilingi kawasan sekolah untuk mengutip sampah.

Gambar Bernama

Bukan itu sahaja, sekolah ini turut mengharamkan penggunaan bahan plastik serta tidak menghidangkan makanan segera dan tidak berkhasiat kepada murid-murid. Inisiatif ini ternyata berkesan kepada mereka bukan sahaja mengamalkannya di sekolah tetapi turut berkongsi ilmu tersebut dan mendidik ahli keluarga di rumah…

NST

Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa Sangga akan bersara daripada jawatannya dalam tempoh tiga tahun lalu. Namun demikian, beliau amat berharap agar pihak sekolah di bawah pimpinan seterusnya akan menyambung amalan berkenaan demi kesejahteraan generasi muda kita.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular