NEW YORK: Makanan yang diperam seperti yogurt, sauerkraut, kimchi sering dianggap makanan sihat, namun pakar kesihatan mendapati kimchi dan makanan jeruk mempunyai hubungan rapat dengan kanser perut.

Hidangan kimchi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini menjadi pililihan terutama golongan muda yang ‘terpikat’ dengan makanan budaya korea.

Walaupun hidangan kimchi kaya dengan vitamin A,B dan C namun kubis yang diperam dengan sejenis bahan sehingga menjadi kemerah-merahan itu juga menghasilkan bakteria baik ‘lactobacilli’ yang membantu proses pencernaan.

pixabay

Berikutan kadar kanser perut dilaporkan meningkat di negara-negara Asia terutama Korea Selatan dan Jepun, pakar kesihatan mendapati terdapat hubungan positif antara pengambilan makanan jeruk yang banyak dan kanser perut.

Kimchi dan hidangan-hidangan lain yang ditapaikan seperti miso dan ikan jeruk mengandungi sebatian N-nitroso, dan karsinogenik, agen yang boleh mencetuskan kanser.

Dalam satu kajian, individu yang mengambil makanan jeruk berisiko tinggi memperoleh kanser perut berbanding orang yang tidak mengambil hidangan berkenaan.

Sementara itu, dalam kajian lain pakar mendapati golongan itu mempunyai risiko 50 peratus mendapat kanser perut apabila mengambil sayuran yang dijeruk.

flickr

Kimchi umumnya merupakan hidangan yang sihat dan mengandungi asid amino dan mineral penting.

Hidangan kimchi menurut pakar kesihatan mengandungi flavonoid yang sihat yang dipercayai memperlambatkan pertumbuhan sel-sel kanser.

Namun, garam dan pengawet yang digunakan dalam kimchi dan makanan lain yang diperam menjadi karsinogenik dan meningkatkan risiko kanser perut.

“Pengambilan garam yang tinggi akan menipiskan lapisan perut dan sekali gus menjadikannya lebih mudah terdedah kepada keradangan dan atrofi dan apabila ini berlaku, bakteria yang dipanggil H. pylori yang bertanggungjawab untuk mencegah kanser perut dengan mudah merosakkan dinding perut,” kata Jeongseon Kim yang mengetuai penyelidikan tersebut.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pusat Kanser Kebangsaan terhadap 2 juta penduduk itu mendapati bahawa pengambilan makanan masin boleh meningkatkan risiko kanser perut sebanyak 10 peratus.

@charlesdeluvio

Sementara itu, Dr. Al B. Benson III, pakar kanser gastrik dari School of Medicine di University Northwestern Chicago menjelaskan garam dimakan mungkin memainkan peranan terbesar.

Beliau mendapati natrium dalam bentuk garam kasar dikaitkan dengan penyakit jantung tetapi tidak kepada masalah kanser, namun makanan jeruk atau masin dikaitkan dengan kanser tetapi tidak terdedah kepada penyakit kardiovaskular.

pixabay

Beliau menjelaskan, walaupun kadar kanser perut lebih tinggi di Korea Selatan, China dan Jepun, namun kimchi bukanlah satu-satunya faktor risiko penyakit berkenaan, sebaliknya pengambilan makanan yang tinggi natrium boleh meningkatkan risiko kanser perut selain faktor lain seperti genetik, merokok dan penggunaan alkohol.

Sumber: Reuters , World Cancer Research Fund

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular