Taman permainan sudah pasti satu tempat riadah yang amat menyeronokkan apabila kita membawa anak-anak bermain alatan permainan di samping menghirup udara luar yang lebih segar. Sudah pasti kita juga akan mengingati nostalgia bermain di taman permainan semasa zaman kanak-kanak.

Kita mungkin pernah terlihat satu alat permainan yang dipanggil ‘Corkscrew Climber’, dan cuba untuk bermain dengannya tetapi selepas beberapa kali percubaan menggunakannya tetapi terus gagal, kita akan terus bergerak ke arah buaian atau gelongsor dan terus melupakan untuk bermain alatan itu.

Sebuah rakaman video muncul di Facebook apabila seorang lelaki telah menunjukkan cara yang betul bermain ‘corkscrew climber’.

Singaporing.com/Facebook

Rupa-rupanya, anda sepatutnya meletakkan satu kaki di atas lingkaran dan kaki lain ke bawah, dan lelaki ini membiarkan tubuhnya turun secara semula jadi. Dalam posisi seperti seseorang dalam pergerakan tarian tiang.

Rakaman suara di dalam video tersebut menunjukkan lelaki ini bertutur dalam Bahasa Jepun dengan seorang anak kecil dan seorang wanita di belakang kamera. Mungkin beliau seorang bapa yang sedang mengajar anak perempuannya bermain ‘corkscrew climber’. Saat yang amat menyeronokkan.

Singaporing.com/Facebook

Dan tanpa disedari rakaman menghabiskan masa bersama keluarga ketika beriadah telah mencetuskan pelbagai reaksi dan menjadi tular di laman media sosial.

Rata-rata netizen telah terkejut tentang bagaimana mereka telah tersilap menganggap peralatan permainan ini seperti memanjat dan menuruni sebuah tangga yang lurus.

Singaporing.com/Facebook

Sementara ada sesetengah daripada mereka memperkatakan tentang kebersihan peralatan, dengan bergurau bagaimana cara ini dapat membantu membersihkan taman permainan secara percuma. Semua pasti mengetahui bahawa sesetengah taman permainan tidaklah sebegitu bersih!

Terima kasih kepada lelaki ini, kini kita tidaklah begitu terlambat untuk belajar bermain ‘corkscrew climber’ sekali lagi. Sama ada ia adalah cara yang betul atau tidak, ia tidak begitu penting selagi kita boleh berseronok dan menghabiskan masa bersama anak-anak.

Singaporing.com/Facebook

Ingat untuk menunjukkan cara yang betul seperti dalam video ini kepada anak-anak anda apabila melawat ke taman permainan pada masa akan datang. Tetapi jika anda masih tidak mempunyai anak, apa kata anda mencuba sendiri untuk bermain ‘corkscrew climber’.

Tonton video di bawah.

Singaporing.com/Facebook

Sumber : Singaporing.com/Facebook , Mashable SE Asia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular