Beberapa tahun lalu, kek lapis Sarawak dan kek lapis prun amat popular ketika Syawal diraikan.

Kini, kek gulung jadi pilihan ditambah pula dengan motif batik yang cantik dan unik pasti membuat ramai yang berat hati untuk menjamah hidangan berkenaan.

KimOoi|Instagram

Lebih menarik, kek gulung motif batik bukan sahaja sesuai dihidangkan kepada tetamu yang mengunjungi ke rumah tetapi juga sesuai juga dijadikan buah tangan ketika menziarahi sanak saudara sepanjang musim perayaan ini.

KimOoi|Instagram

Terbaru, seorang wanita berbangsa Tionghua, Keem Ooi menjadi viral kerana berkongsi hasil tangannya menerusi Instagram miliknya kerana menghasilkan kek gulung cantik sebagai hadiah kepada rakan-rakan yang menyambut Aidilfitiri.

Walaupun berbeza agama dan bangsa, namun Ooi yang juga guru piano dan guru vokal sepenuh masa itu tetap menghormati rakan dan berhasrat mahu menghadiahkan hasil tangannya kepada rakan-rakannya.

KimOoi|Instagram

Lebih membanggakan, Ooi memberitahu dia tidak menyertai sebarang kelas untuk mempelajari membuat kek gulung berkenaan tetapi menggunakan imaginasi sendiri dalam mereka dan menghasilkan lakaran semasa menghasilkan motif batik terhadap kek gulung berkenaan.

KimOoi|Instagram

Hasil tangannya kemudian dimuat naik di laman Instagram miliknya sehingga menjadi viral dan disukai lebih 3,000 pengikutnya.

Sumber: KimOoi|Instagram , klfoodie.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular