KUALA LUMPUR – Siapa sangka golongan profesional juga boleh ‘tewas’ dan terjerumus ke lembah penagihan dadah semata-mata kerana tekanan kerja.

Perkara demikian didedahkan oleh seorang doktor perubatan muda yang mengakui terlibat dengan najis dadah sejak bergelar doktor bagi meredakan tekanan kerja.

Katanya, dia mula mengambil dadah sejak sembilan tahun lalu ketika doktor kelahiran Negeri Sembilan itu menjalani latihan amali ‘housemanship’ di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru, Johor.

emedicina.lt|Gambar Hiasan

Dr. Sasitharan Ayanai, lulusan perubatan dari Rusia, mengakui jadual syif yang tidak menentu membuatkan dia tertekan dan adakalanya  terpaksa bertugas sehingga 48 jam tanpa rehat.

Kepenatan yang dilalui itu membuatkan doktor itu nekad mencuba dadah jenis syabu bagi memberikannya tenaga berpanjangan selain menghilangkan penat.

“Ketika itu saya tertekan dan pada masa sama terdedah dengan syabu yang menjadi ‘booster’ (penggalak) untuk membolehkan saya bekerja dalam jangka waktu panjang dan tampil bertenaga kerana bekerja.

fherehab.com|Gambar Hiasan

“Pada fikiran saya ketika itu  tidak mungkin akan ketagih kerana sebagai doktor, saya boleh kawal diri. Tetapi saya silap dan secara perlahan-lahan saya menjadi penagih tegar,” katanya yang dipetik Bernama ketika ditemui di Rumah Pengasih, baru-baru ini.

Beliau yang kini merupakan ‘house doctor’ di pusat rawatan itu berkata, selepas enam tahun terjebak dengan najis dadah dia sendiri dengan rela hati mendaftar masuk ke Rumah Pengasih kerana menyadari tersilap langkah.

Malah menyedari dirinya sudah jauh terpesong dari landasan sebenar kehidupan normal.

Dr. Sasitharan mengakui bagaimanapun selepas setahun menjalani pemulihan dia terpaksa meninggalkan pusat rawatan berkenaan disebabkan keadaan bapanya yang sakit dan memerlukan perhatian.

“Ketika keluar daripada Rumah Pengasih, saya sukar menyesuaikan diri dan akhirnya selepas enam bulan saya kembali menagih dadah selain tertekan dengan hinaan daripada saudara-mara.

“Sejak dua bulan lalu saya kembali ke sini kerana sedar saya memerlukan pertolongan dan sistem sokongan, dan kini masih menjalani rawatan dan pemerhatian Rumah Pengasih bagi memastikan kali ini saya tidak akan kecundang lagi,” katanya.

Inspira Data|Gambar Hiasan

Dalam masa sama, lelaki berusia 39 tahun itu berkata, selepas mengambil dadah jenis syabu membuatkan diri menjadi individu yang panas baran dan hidupnya menjadi kucar-kacir, dan lebih menyedihkan, dia terpaksa membatalkan perkahwinannya 20 hari sebelum majlis berlangsung.

Sementara itu, Presiden Pengasih Ramli Abd Samad berkata, pada masa lalu, pengambilan dadah hanya digunakan untuk bersuka ria di kelab-kelab malam tetapi kini, ramai yang mengambil untuk tujuan meredakan tekanan kerja.

Katanya, iklan dan kempen anti-dadah yang berkonsep menakutkan orang ramai kini tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman kerana tidak menunjukkan realiti penagihan dadah pada zaman moden.

Malah, iklan di televisyen juga membosankan, tidak menarik hati untuk ditonton dan jalan cerita juga tidak realistik dan tidak berkesan untuk beri kesedaran kerana hakikatnya ia tidak menimbulkan rasa takut.

Sumber: Bernama, Malay Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular