Apabila anda mempunyai cahaya mata, anda tidak akan sedari betapa masa itu berlalu pergi dengan pantas, sehingga anda tidak perasan bahawa mereka makin meningkat dewasa.

Bagi mengabadikan kenangan sejak anaknya memulakan sesi persekolahan, seorang bapa Kevin Scrugg yang menetap di Seattle telah melakukan sesuatu yang amat bermakna dan meyentuh hati.

@kevin_scruggs|Twitter

Kevin mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Mackenzie dan Madison. Apabila kedua-dua anaknya mula bersekolah, Kevin telah memulakan satu rakaman video berupa diari untuk setiap seorang daripada mereka. Apabila mereka pulang daripada sekolah, Kevin akan meminta mereka duduk dan menemu ramah mereka.

Dia akan bertanya tentang hari mereka di sekolah, apa yang mereka lakukan, apa yang mengujakan mereka serta soalan lain. Soalan berkenaan turut akan diulang pada rakaman pada tahun hadapan.

Kevin Scruggs|YouTube

Hasilnya, pada tahun 2017, Kevin mula menunjukkan video kompilasi temubual bersama Mackenzie yang bermula sejak dia bersekolah tadika sehinggalah sekolah menengah.

Video yang dimuat naik berkenaan mula menjadi tular dan telah memberi ilham kepada ramai ibu bapa di luar sana untuk melakukan perkara yang sama. Kini, setelah 2 tahun, tiba giliran Madison pula tamat persekolahan.

Video itu bermula apabila Madison, seorang gadis comel berusia 5 tahun dengan rambut yang kusut selain jeragat pada bahagian hidungnya.

Dia amat teruja untuk memulakan persekolahan dan tidak berhenti bercakap mengenai guru, rakan kegemarannya selain keadaan kelasnya.

Ketika menyaksikan video itu, kita tidak perasan bahawa betapa pantasnya anak gadis itu membesar dalam sekelip mata.

Kevin Scruggs|YouTube

Pada mulanya, kita dapat lihat Madison merupakan anak gadis yang manis berpendakap gigi sebelum berubah menjadi gadis sunti cantik yang bakal memulakan langkah untuk kehidupan dewasanya.

Menyaksikan perubahan hidupnya daripada anak gadis kepada remaja sungguh mengujakan. Rata-rata ibu bapa selalunya tidak akan perasan betapa lajunya masa berlalu sehinggalah mereka melihat semula video sebegini misalnya.

Kevin setia merakamkan video anaknya untuk tempoh 13 tahun – daripada sekolah tadika sehingalah tamat darjah 12 di Amerika Syarikat.

Rakaman berkenaan bukan sahaja dapat menyedarkan kita bahawa anak-anak kita sedang membesar tanpa kita sedari, bahkan ia juga dapat mengubat rindu kita kepada zaman anak-anak kita masih lagi kecil. Jadi, apa kata anda mula merakamkan video anak anda bermula daripada sekarang!

Tonton video tersebut di bawah:

Sumber: Inspire More@kevin_scruggs|TwitterKevin Scruggs|YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular