Masih ada insan yang baik hati yang sanggup memelihara haiwan yang mereka temui di jalanan. Contohnya seperti wanita tua ini. Apa yang berlaku ialah dia telah menemui beberapa ekor anak burung yang masih terlalu kecil di jalanan tanpa kehadiran ibu bapa mereka.

Dia kemudian meletakkan kesemua anak burung itu berdekatan dengan sarang yang dijumpai dan menunggu beberapa minit untuk ibu burung kembali mengambil anaknya semula.

Penantiannya tidak berakhir. Ibu bapa burung-burung itu tidak datang dan wanita itu akhirnya memutuskan untuk menjaga burung-burung tersebut.

Apa yang dilakukan oleh wanita ini ialah memberi makan kepada burung-burung itu.

Anda boleh melihat sendiri bagaimana wanita ini membancuh makanan khas buat anak-anak burung itu. Anak-anak burung itu pula tidak berhenti berkicau.

Makanan khas itu diberikan setiap tiga jam untuk memastikan anak-anak burung mendapatkan makanan yang cukup supaya mereka membesar dengan baik.

Wanita ini juga dikatakan melatih burung-burung untuk terbang supaya nanti apabila tiba masanya anak-anak burung itu akan boleh terbang bebas menikmati hidup mereka.

Sungguh, apa yang dilakukan oleh wanita ini sangat baik dan dunia memerlukan lebih ramai orang sepertinya. Anda mahu menyertainya untuk menjadi insan yang lebih baik? Kami mahu!

Sumber: FACEBOOK

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular