Apabila ayah Michael Jensen berkongsi foto anaknya Mikey di Facebook, dia tidak tahu dia akan menyentuh hati ribuan orang dengan status tersebut. Foto tersebut kemudian menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi dan komen dari para netizen.

Michael Jensen

Semuanya berlaku apabila sekolah anaknya mengadakan “Hari Kembar” di mana pelajar boleh memilih untuk memakai pakaian yang sama dengan orang yang paling mereka suka di sekolah.

Bagi Mikey dia telah memilih teman rapatya, Nehemia untuk menjadi pasangan ‘kembarnya’ pada hari itu. Mikey dan Nehemia sangat teruja untuk memakai baju yang sama dan menunjukkan mereka adalah pasangan kembar!


Facebook

“Hari kembar di sekolah Mikey hari ini. Ini dia dan sahabatnya, Nehemia,” tulis Michael. “Dia ditanya apa yang membuat mereka berbeza dan Mikey berkata ‘Tidak ada apa-apa, cuma dia lebih besar.’

Gambar itu menarik kerana jelas anak-anak ini adalah dari kaum yang berlainan, namun di tengah-tengah perbezaan itu mereka melihat diri mereka adalah sama. Mereka memakai pakaian yang sama, pergi ke sekolah yang sama, gemar sukan yang sama dan berkongsi rasa lucu yang sama. Bagi kanak-kanak lain juga mereka sepertinya tidak ada perbezaan kerana merasakan mereka adalah pasangan kembar.


Facebook

Status Michael kemudian menjadi ‘viral’ dan ramai orang mula berkongsi tentang kisah tersebut. Mereka juga mula berkongsi cerita tentang anak-anak mereka yang tidak kisah dengan perbezaan warna kulit jika dibandingkan dengan teman-teman.

Jelas sekali tiada isu perkauman atau rasialisme yang wujud antara mereka. Tiada juga kebencian kerana apa yang ada hanyalah kasih sayang. Mereka saling menerima dan bertolak ansur kerana bagi anak-anak kecil itu mereka tiada perbezaan melainkan warna kulit dan persahabatan antara Mikey dan Nehemiah telah membuktikan semua itu!

Seorang pengguna Facebook lain mula berkongsi gambar anak-anak mereka dan “kembar mereka” dan setiap cerita memberikan harapan bahawa suatu hari nanti tiada lagi wujud perbezaan dan berat sebelah dalam etnik. “Anak kami mempunyai ‘hari kembar’ dengan kawan terbaiknya di Woodstock, GA,” kata Pamela Ann.


Facebook

“Mengingatkan saya pada hari anak perempuan saya pulang dari sekolah dan mereka baru sahaja memulakan bulan sejarah Afrika Amerika,” tulis Maryalice Surdovel Moroz. “Dia sangat teruja untuk memberitahu saya salah seorang gadis di kelasnya adalah African American.


Facebook

“Dua dari cucu saya berasal dari Ethiopia,” kata Randy-Lori Wigent. “Seorang adalah ahli gusti. Saya berkongsi gambarnya sedang bergusti dengan kawannya (cucu saya berkulit gelap) Saya mengatakan: dia yang memakai baju merah dan saat itulah saya baru sedar bahawa saya tidak melihat perbezaan warna. Ketika itu saya sudah berusia 58 tahun. “


Facebook

Benarlah rasialisme itu hanyalah masalah hati. Jika kanak-kanak boleh melihat perbezaan warna sebagai sesuatu yang perlu diraikan bukan untuk dibeza-bezakan, kita sebagai golongan dewasa perlu melihatnya dari kaca mata yang sama. Semoga suatu hari nanti tiada lagi wujud perbezaan antara kaum atau etnik melainkan hanya persamaan!

Sumber: INSPIRE MORE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular