Pengangkutan udara adalah salah satu pengangkutan yang sering menjadi pilihan terutama bagi perjalanan jauh.

Pengangkutan udara juga merupakan satu-satunya pilihan untuk bergerak ke tempat yang jauh merentasi negara menggantikan penggunaan kapal laut yang pernah digunakan suatu ketika dahulu.

Hari ini penggunaan kapal terbang adalah sesuatu yang biasa sehingga trafik udara menjadi sangat sibuk terutama di lapangan-lapangan terbang utama di dunia.

Sama seperti kenderaan lain, pesawat juga menggunakan bahan bakar untuk menggerakkannya dan adalah lebih baik jika kita mampu mencipta pesawat yang boleh meminimakan penggunaan minyak.

Dengan teknologi terkini pakar sering mencari idea dan jalan untuk mencipta pesawat yang mesra alam dan baru-baru ini muncul sebuah ciptaan genius seorang jurutera dari Universiti Teknologi Delft yang dikatakan boleh mengurangkan 20% penggunaan bahan bakar.

Pasukan kejuruteraan aeroangkasa sedang bekerja keras membina model kapal terbang baharu yang mungkin boleh memberi manfaat kepada sistem pengangkutan udara.

Edwin Wallet, studio OSO

Syarikat penerbangan Belanda KLM telah menyumbang kepada penyelidikan prototaip pesawat baharu yang sedang dibina di Delft University of Technology (TU Delft).

StudioOSO|YouTube

Prototaip pertama pesawat ini diilhamkan dan diberi konsep oleh pelajar TU Berlin, Justus Benad.

StudioOSO|YouTube

Justus mencipta konsep untuk projeknya mengenai reka bentuk pesawat yang berpotensi untuk masa hadapan.

StudioOSO|YouTube

Pesawat itu dinamakan sempena gitar elektrik Gibson yang ikonik

StudioOSO|YouTube

Artis ikonik seperti Jimi Hendrix, Brian May dan Keith Richards pernah menggunakan gitar tersebut.

Pesawat itu dipercayai boleh mengurangkan penggunaan bahan bakar sehingga 20%.

StudioOSO|YouTube

Hal ini penting kerana sistem pengangkutan udara dikatakan menyumbang kepada 2.5% pelepasan Karbon Monoksida di dunia.

Ujian penerbangan pertama dijangka akan dilakukan pada September ini dan pesawat sebenar dijangka akan dikeluarkan pada sekitar tahun 2040.

Edwin Wallet, studio OSO

Pesawat itu akan dapat membawa 314 orang penumpang dan mereka akan duduk di bahagian sayap bersama tangki bahan api dan kargo.

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rekaan pesawat ini:

StudioOSO|YouTube

Sumber: BORED PANDA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular