Pada Mei yang lalu, seorang kanak-kanak perempuan ditemui terperangkap di dalam lif di kawasan perumahan di Shenzen sekali gus dan mengakibatkannya trauma.

Memetik laporan Asiaone, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu menempuh detik yang mencemaskan seorang diri dan difahamkan kejadiaan berlaku selepas seorang lagi penumpang keluar dari lif berkenaan daripada aras 19.

Rakaman daripada litar kamera tertutup menunjukkan selepas penumpang berkenaan keluar, lif berkenaan meluru turun tanpa henti dari aras 19. Lebih merisaukan, semua paparan di dalam lif berkenaan juga tidak berfungsi.

Namun kanak-kanak tersebut yang kelihatan panik bertindak bijak dengan cuba menekan semua butang di dalam lif berkenaan sebelum pintu terbuka semula.

Walaupun tidak mengalami kecederaan sepanjang berdepan detik mencemaskan itu namun meninggalkan trauma yang mendalam kepada gadis berkenaan.

Menurut laporan media China, insiden berkenaan bukan pertama kali berlaku kepada penduduk bangunan berkenaan.

Malah, beberapa bulan lalu, kejadian serupa berlaku apabila lif turun melulu daripada tingkat 11 turun ke aras dua tanpa sebarang amaran.

Namun, pihak pengurusan bangunan menjelaskan lif berkenaan sedang diuji. Penduduk kawasan berkenaan meluahkan perasaan tidak puas hati dengan penjelasan pihak pengurusan dan mempersoalkan kerosakan lif yang sering berlaku.

Sumber: Asiaone

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular