SAN FRANCISCO: Facebook Inc kini dilaporkan tidak lagi membenarkan pra-pemasangan aplikasi media sosial itu di dalam telefon pintar Huawei akan datang, sekali gus menjadi tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China itu.

NTV

Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di China ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.

Tindakan oleh Facebook ini secara langsung dilihat menjejaskan penjualan telefon pintar Huawei yang telah menjana pendapatan terbesar tahun lalu.

Kebiasaannya, pengeluar telefon pintar akan memuat naik tiga aplikasi utama iaitu Facebook, Instagram, dan WhatsApp pada telefon pintar Huawei, termasuk Twitter dan Booking.com.

Engadget

Namun, buat masa ini Twitter Inc masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung larangan pemasangan aplikasi pada peranti Huawei.

Bagaimanapun menurut Facebook, pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini.

Larangan itu bagaimanapun hanya dilakukan kepada peranti Huawei akan datang dan tidak dapat lagi memuat naik menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Sumber: Reuter, teknoratz.com, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL NASIONAL

Video Popular