Perut adalah bahagian organ yang sangat sensitif bagi sesetengah orang. Ada antara mereka yang alah atau alergi dengan sesuatu jenis makanan. Makan sedikit sahaja makanan yang tidak sesuai, mereka akan mengalami kesan yang pedih dan menyakitkan sehingga perlu berjumpa dengan doktor. Ada pula orang yang tidak mempunyai masalah walaupun mereka makan apa sahaja.

Kita juga sebenarnya boleh mengalami sakit perut pada bahagian-bahagian tertentu. Berikut adalah sebab mengapa anda boleh sakit perut hanya pada bahagian tertentu serta cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk melegakan kesakitan itu.

Kesakitan pada bahagian atas perut: Gas berlebihan

depositphotos.com

Punca: Makan dan menelan makanan dengan cepat boleh menyebabkan mengalami sakit seperti ini. Minuman bergas atau beralkohol seperti bir juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, produk tenusu dan kekacang juga boleh menyebabkan pembentukan gas berlebihan di dalam perut.

Penyelesaian: Untuk mengelakkan keadaan yang tidak selesa ini daripada berlarutan, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan tersebut dan makan dengan kadar sederhana. Untuk penyembuhan segera pula, anda boleh mengambil pil yang diaktifkan dengan arang atau pil minyak peppermint.

Sakit pada bahagian bawah dada atau pada bahagian atas bahagian abdomen: Heartburn

shutterstock.com

Punca: Terdapat banyak makanan yang boleh menyebabkan pedih hulu hati. Antaranya ialah makanan berminyak dan pedas, beralkohol (terutamanya arak merah), bawang mentah, coklat, buah sitrus, kopi dan minuman berkafein. Selain itu, rokok juga boleh mengakibatkan hulu hati menjadi semakin teruk.

Penyelesaian: Cuba untuk tidak makan terlalu banyak – lebih baik makan 5 hingga 6 makanan yang berkuantiti kecil pada siang hari, bukannya 2-3 hidangan yang besar. Selain itu, disarankan juga untuk memakai pakaian longgar untuk mengelakkan tekanan pada perut dan berhentilah merokok.

Kesakitan yang teruk di kawasan abdomen atas: Ulser

depositphotos.com

Punca: Aspirin, ibuprofen, atau ubat-ubatan anti-radang yang sering digunakan serta merokok dan minum minuman beralkohol banyak memberi kesan buruk kepada perut dan menyebabkan ulser.

Penyelesaian: Untuk mencegah penyakit ulser, disarankan untuk tidak minum lebih daripada 2 minuman beralkohol setiap hari dan tidak mencampurkannya dengan ubat-ubatan. Anda juga harus mengehadkan pengambilan ubat tahan sakit dan basuh tangan sebelum makan. Sangat penting untuk mengambil makanan seperti bijirin penuh, dicampur dengan buah-buahan atau sayur-sayuran, dan berhentilah merokok.

Kejang dan kembung: Sindrom usus sensitif (Irritable Bowel Syndrome, IBS)

depositphotos.com

Punca: Ia masih tidak diketahui apa yang menyebabkan IBS, tetapi ia berlaku dipercayai akibat gabungan tertentu pada pergerakan saluran pencernaan yang tidak normal, peningkatan kesedaran fungsi tubuh dan gangguan komunikasi antara otak dan saluran pencernaan.

Penyelesaian: Dalam hal ini lebih baik untuk memeriksa makanan yang sensitif kepada anda dan kurangkan pengambilan makanan tersebut.

Kejang dan cirit-birit: Gastroenteritis (selesema perut)

depositphotos.com

Punca: Anda boleh dijangkiti dengan gastroenteritis jika anda minum atau makan makanan yang tercemar atau jika anda menggunakan aksesori, tuala dan barangan pribadi orang yang dijangkiti.

Penyelesaian: Untuk mencegah daripada dijangkiti, anda boleh mencegahnya dengan mengambil vaksin. Jangan lupa untuk basuh tangan sebelum makan serta pastikan semua orang di rumah anda menggunakan barangan peribadi yang berasingan.

Sakit dan rasa senak yang ringan: Lactose intolerance

depositphotos.com

Punca: Biasanya, lactose intolerance berlaku disebabkan oleh kekurangan enzim laktase usus. Ia membahagikan laktosa kepada glukosa dan galaktosa dan membolehkan laktosa diserap dari usus.

Penyelesaian: Anda disarankan untuk mengikuti diet bebas laktosa. Untuk memastikan anda tidak kehilangan kalsium dan unsur-unsur berguna lain yang boleh diperolehi daripada produk tenusu, cuba makan lebih banyak makanan seperti brokoli, kale, tuna, salmon dan produk yang mengandungi kalsium yang tinggi seperti susu soya.

Gas, cirit-birit kronik, kembung: Gluten intolerance

depositphotos.com , depositphotos.com

Punca: Jika anda mempunyai Gluten intolerance, maka produk seperti roti, pasta atau makanan lain yang mengandungi gandum dan produk bukan makanan yang berasaskan gandum (seperti Play-Doh) kosmetik atau produk mandian boleh mencetuskan gejala seperti ini.

Penyelesaian: Untuk mengawal kepekaan gluten anda, adalah disarankan untuk menghindari makanan dan produk berasaskan gandum dan berunding dengan doktor anda tentang kemungkinan rawatan perubatan yang boleh diambil.

Kesakitan yang teruk pada bahagian atas abdomen kanan dan di bawah bahu: Batu karang (Gallstone)

depositphotos.com

Punca: Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh mencetuskan pembentukan batu karang seperti berat badan berlebihan atau gemuk, tidak aktif, mengandung, memakan makanan tinggi lemak dan kolesterol, tidak makan makanan kaya serat yang cukup, keturunan, diabetes dan mengambil ubat yang mengandungi estrogen, seperti pil kontraseptif atau ubat terapi hormon.

Penyelesaian: Untuk mengelakkan pembentukan batu karang, anda harus mengikuti beberapa peraturan mudah. Jangan melangkau makanan, kawal berat badan anda, jika anda mengikuti diet ketahuilah bahawa penurunan berat badan yang cepat meningkatkan risiko batu karang. Juga, cuba kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan atau kurang berat badan boleh menyebabkan anda lebih berisiko tinggi untuk mendapat batu karang.

Kesakitan pada bahagian bawah kanan perut: Apendiks

shutterstock.com

Punca: Bukaan disekat di dalam apendiks, tisu dinding apendiks yang diperbesar (disebabkan oleh jangkitan dalam saluran gastrointestinal atau di bahagian lain badan), parasit atau ketumbuhan yang dapat menjangkiti appendiceal lumen anda atau merosakkan abdomen anda.

Penyelesaian: Apendisitis tidak dapat dicegah melainkan dengan mengamalkan diet yang sihat dan makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayuran segar dan buah-buahan. Jika anda berfikir bahawa anda mungkin mempunyai apendisitis, hubungi doktor anda dengan segera untuk memeriksa keadaan anda dan dapatkan rawatan yang betul.

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular