Vegetarian ialah amalan pemakanan yang mengecualikan segala makanan yang berasaskan haiwan.

Amalan vegetarian boleh berkaitan dengan moral, agama, budaya, etika, estetik, persekitaran, masyarakat, ekonomi, politik, citarasa, atau kesihatan.

Seorang lelaki telah menyesali kesilapannya yang membeli keju biasa kepada teman wanitanya yang merupakan vegetarian. Oleh sebab itu, teman wanitanya yang berang telah bertindak dengan menghempuk Xbox kepunyaan lelaki itu.

(Keju vegan) Bigger Bolder Baking

Walaupun teman wanitanya telah berkali-kali mengingatkannya tentang pilihan makanannya, lelaki itu masih terlupa dengan membeli keju biasa yang berasaskan susu haiwan.

(Keju biasa berasaskan tenusu) Novinite.com

Teman wanitanya yang berang telah membuat perkongsian di Facebook dengan berkata:

“Jangan cari pasal dengan saya dan inilah yang akan berlaku. Mungkin lepas ini awak tidak akan lupa untuk membeli keju vegan. Saya telah beberapa kali memberitahu awak yang saya mahukan keju sebenar !!! Saya seorang VEGAN! Dan awak akan menghormati itu!”

offbrandhandjobs|Reddit

Apabila wanita itu mendapati teman lelakinya telah membeli keju tenusu, dia memutuskan untuk memberikan pengajaran yang tidak dapat dilupakan dengan merosakkan sesuatu yang ‘disayangi’ oleh teman lelakinya iaitu Xbox.

Wanita itu berkongsi gambar peranti tersebut di lantai luar rumah, berlumpur dan retak serta berlubang seolah-olah peranti tersebut dihempuk ke lantai dengan kuat.

Kongsian yang dramatik itu telah menjadi tular, menarik perhatian beribu orang dan tersebar di seluruh dunia. Ia telah dikongsi di sub-Reddit r / Insane People Facebook, di mana gambar-gambar itu mendapat beberapa kritikan daripada pengguna Reddit.

Sumber: Unilad

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular