Memang seronok dapat menikmati persembahan sarkas. Melihat kelincahan dan telatah bijak haiwan-haiwan yang membuat persembahan pasti menghiburkan. Namun begitu, di sebalik kebijaksanaan haiwan-haiwan itu mereka sebenarnya telah melalui pelbagai latihan yang sangat meletihkan untuk menjadikan mereka mahir dalam membuat persembahan.

Baru-baru ini sebuah sarkas di Jerman telah muncul dengan idea tersendiri iaitu dengan menggunakan hologram berbentuk haiwan. Sarkas Roncalli yang selama ini menggunakan haiwan sebenar telah menggantikannya dengan hologram. Persembahan sarkas tersebut walau bagaimanapun tetap hebat dan menghiburkan.

Sarkas  Roncalli telah menghiburkan orang ramai dengan pertunjukkan haiwan sejak 1976 tetapi telah memutuskan untuk mengubah ‘tradisi’ mereka yang selama ini  melibatkan kekejaman haiwan.

Pertunjukannya masih melibatkan haiwan, bulatan yang berapi-api dan akrobat, tetapi buat pertama kali di dunia persembahan kali ini tidak menggunakan haiwan sebenar. Sarkas ini mencipta imej holografik 3D dari projektor yang boleh ditonton oleh kesemua penonton.

Agensi Roncalli TAG / TRAUM bekerjasama dengan Bluebox yang bekerjasama dengan Optoma dan 11 projektor laser ZU850 dipasang untuk memberikan pengalaman menonton hologram yang memukau.

Birger Wunderlich di Bluebox berkata, “Kami telah menggunakan projektor Optoma selama 6 tahun dan secara konsisten mempunyai pengalaman yang sangat positif termasuk harga, prestasi, dan kepercayaan. Kami memerlukan projektor kontras yang tinggi dengan warna-warna yang hebat untuk kesan 3D dan kontras 2,000,000: 1 ZU850 adalah sempurna untuk projek ini.”

Langkah berani ini dipraktikkan tatkala kebimbangan terhadap haiwan yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Banyak aktivis yang mengatakan sarkas telah melakukan kekejaman seperti memukul, membiarkan haiwan dalam kelaparan dan kawasan yang tidak bersih. Haiwan-haiwan juga menjalani latihan yang sangat ketat.

Di United Kingdom, undang-undang telah menetapkan untuk mengharamkan penggunaan haiwan sebenar menjelang tahun 2020.

Mari saksikan persembahan hologram haiwan yang menarik ini

Sumber: BORED PANDA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular