UNITED KINGDOM – Seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Connor Dawes, berusia 19 tahun telah bertindak merompak barangan berharga milik orang lain dan dengan anehnya menyerah diri kepada pihak polis.

Kejadian itu berlaku pada suatu malam di mana Dawes dan rakannya sedang berjalan di sekitar Nuneaton, Warwickshire dan telah melihat seorang lelaki berjalan keseorangan di kawasan yang gelap. Jadi, mereka mengambil kesempatan itu untuk menahan lelaki tersebut dan mengambil telefon bimbit dan dompet mangsa.

Connor Dawes/ RelayHero

Setelah selesai melakukan kerja berkenaan, Dawes mahu melihat barangan yang telah dicurinya dan membuka dompet mangsa berkenaan. Sejurus melihat sesuatu di dalam dompet itu, Dawes kemudiannya berasa sedih dan menyesal, lalu pergi ke balai polis untuk menyerah dirinya dan mengaku akan apa yang dilakukannya sebelum itu.

Sebenarnya, Dawes melihat kad kesihatan mangsa yang mendedahkan bahawa mangsa sebenarnya merupakan pesakit Asperger. Daripada situlah timbul kesedaran dan keinsafan dalam diri Dawes.

Secara ringkasnya, penyakit Asperger itu merujuk kepada kecelaruan perkembangan, di mana pesakit mengalami gangguan terhadap aspek sosial dan komunikasi bukan lisan, selain tidak memiliki minat dan mempunyai pola tingkah laku spesifik yang berulang.

fastexposure/ Gambar Hiasan

Sungguhpun begitu, pesakit berkenaan lazimnya memiliki tahap kecerdikan dan bakat yang tinggi namun mereka sering kelam kabut dan menggunakan bahasa tidak normal yang agak pelik. Simptom sedemikian selalunya terjadi sebelum mencecah usia 2 tahun sehinggalah akhir hayat mereka.

Dawes ternyata menyesali perbuatannya dan rasa bersalah yang menggunung memberinya motivasi untuk menyerah diri kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, setelah melanggar undang-undang, Dawes terpaksa berhadapan dengan hukumannya.

Dia kemudian diarahkan mahkamah untuk menjalani hukuman penjara 2 tahun. Menurut laporan, hakim berkata kepada Dawes, “Kamu mungkin tidak tahu akan mangsa merupakan seorang pesakit Asperger namun kamu tahu mangsa berada dalam keadaan lemah kerana berseorangan pada ketika itu.”

commonswikimedia/ Gambar Hiasan

Walaupun Dawes mempelawa rakannya untuk terlibat sama dalam rompakan berkenaan, namun rakannya itu dibebaskan oleh pihak mahkamah.

“Adalah memalukan kerana kamu melakukan satu jenayah yang serius dan ternyata ia bukanlah satu tindakan yang wajar. Saya mesti mempertimbangan bukan hanya kamu malah rakan kamu juga. Namun sudah tentu sesiapa yang melakukan ini bakal dipenjarakan”, tambah hakim lagi.

Walaupun Dawes telah melakukan kesalahan, namun keberanian dan kesanggupannya untuk mengaku melakukannya serta menyerah diri kepada pihak polis bukanlah sesuatu yang mudah. Semoga selepas ini Dawes akan berubah menjadi insan yang berguna kelak.

Sumber: RelayHero

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular