Keadaan kehidupan masyarakat di Somalia agak berbeza dengan kehidupan yang kita jalani di Malaysia. Oleh kerana Somalia merupakan mangsa kepada peperangan, serangan pengganas, dan kemiskinan yang melanda.

Ini membuatkan seorang pemilik kedai di Somalia tidak mampu untuk meletakkan papan tanda mahal di hadapan kedainya.

Sebaliknya, mereka menggunakan khidmat pelukis mural untuk mengatasinya. Jika anda ke sana, anda pasti dapat lihat lukisan mural di hadapan kedai-kedai di sana. Dinding yang kosong dihiasi dengan lukisan barangan yang dijual pada kedai di sana. Ia sangat menarik dan berwarna-warni.

Feisal Omar

Trend melukis mural ini mula menjadi popular pada tahun 1990-an ketika Somalia masih lagi terlibat dengan perang dingin, dan diikuti dengan kejatuhan pemerintahan diktator oleh pihak tentera pada tahun 1991. Para pelukis di sana mengalami kesukaran untuk menjual hasil seni mereka lalu ia menjadi titik tolak untuk mereka menawarkan perkhidmatan melukis mural pada pemilik kedai di sana.

Feisal Omar

Seorang pelukis, Muawiye Hussein Sidow, atau lebih dikenali sebagai ‘Shik Shik’, merupakan seorang pelukis mural terkenal di Mogadishu dan telah mula melukis pada kedai sejak tahun 1998. Hasil seninya itu turut terpampang di hadapan 100 buah kedai dan pasaraya di sekitar Mogadishu.

Feisal Omar

Sidow turut berharap agar hasil lukisannya bakal diperluaskan lagi sehingga ke negara jiran. Dengan hasil lukisan muralnya, dapatlah Sidow menyara isteri dan 3 orang anaknya selain bapanya yang juga merupakan bekas pelukis dan insan yang bertanggungjawab mengajarnya melukis.

Sidow yang berusia 31 tahun ini lazimnya menggunakan warna-warna terang dalam lukisan muralnya. Ada beberapa lukisannya mencecah ukuran sehingga beberapa meter. Menurut Sidow, dia tidak pernah menghasilkan dua lukisan yang sama dan ia kebiasaannya diilhamkan daripada kehidupan seharian di Somalia.

Pelukis-pelukis di Somalia mencari rezeki dengan melukis mural bewarna-warni di hadapan kedai

Feisal Omar

Feisal Omar

Feisal Omar

Muawiye Hussein Sidow merupakan salah seorang pelukis yang telah melakar namanya – menghasilkan lukisan mural pada lebih 100 buah kedai dan pasaraya yang berlainan

Feisal Omar

Feisal Omar

Feisal Omar

Feisal Omar

Feisal Omar

Feisal Omar

Feisal Omar

Feisal Omar

Feisal Omar

Sumber: boredpanda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular