Dapat kita simpulkan bahawa keadaan Bumi pada hari ini kian ‘tenat’ dengan semua aktiviti yang dijalankan melalui tangan manusia.

Daripada laut sehinggalah ke daratan, ada sahaja kesan yang membawa kepada impak negatif kepada Bumi. Antara perkara yang sering disebut-sebut adalah sisa pepejal seperti plastik.

Seorang lelaki baru-baru ini telah berkongsi penemuan plastik pembungkus coklat yang dihasilkan pada tahun 1986 dan ia masih lagi kelihatan seperti baharu dan tiada tanda perubahan langsung!

Ali Slim|Twitter

Menurut Ali Slim, plastik pembalut coklat tersebut dijumpai di pantai dan ia sebenarnya mengambil masa hampir 1,000 tahun untuk terurai (jika ia boleh diurai).

Selain daripada itu, seorang pengguna Twitter, ilfluencer juga berkongsi satu video yang menyaran pengguna agar mengurangkan penggunaan beg plastik lebih-lebih lagi ketika membeli barangan di pasaraya.

“Hentikan penggunaan beg plastik yang terlalu banyak untuk mengisi pisang, oren, bawang dan pelbagai lagi. Simpan plastik di rumah dan gunakan ianya semula ketika mahu membeli barang pada kemudiannya.”

Seorang jurugambar hidupan liar, Jason Alexander yang berusia 47 tahun turut mendokumentasikan kompilasi foto sampah yang dikutipnya di persisiran Suffolk. Hasilnya menunjukkan bahawa Jason telah menemui 100 penutup gula-gula Smarties antara tahun 1970 hingga 1980 selain tin minuman yang dihasilkan pada tahun 80-an.

Mirror.uk

Dia juga turut menemukan bungkusan kacang bertarikh Februari 1983, bekas marjerin dan cawan yogurt daripada tahun yang sama.

Mirror.uk

Mirror.uk

Mirror.uk

Mirror.uk

Mirror.uk

Jadi, sama-sama kita melakukan tanggungjawab kita untuk membantu Bumi dan jangan lupa gunakan beg beli belah sendiri ketika berbelanja ya!

Sumber: Ali SlimMirror.uk

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular