Apabila berbicara tentang vitamin C, kita lazimnya akan terus terbayangkan buah oren. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa sebenarnya banyak lagi buah lain yang kaya dengan vitamin C selain daripada buah oren.

Oleh itu, bagi anda yang tidak gemarkan buah yang masam, anda boleh cuba mendapatkan bekalan vitamin C dengan 9 jenis buah dan sayuran yang dinyatakan dalam entri ini.

Selamat mencuba!

1. Buah jambu batu

Erasmusu

Jambu batu merupakan salah satu buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang paling tinggi. Setiap cawan jambu batu mengandungi hampir 377mg Vitamin C, iaitu sekitar 4 ke 5 kali ganda lebih banyak vitamin C berbanding buah oren.

Pengambilan sebiji buah jambu batu setiap hari juga boleh melengkapkan sehingga 140% keperluan Vitamin C harian.

2. Sayur brokoli

Sunriseseniorliving.com

Selain daripada rendah kandungan kalori, sayur brokoli juga kaya dengan kandungan vitamin C. dengan hanya 30 kalori secawan, sayur brokoli mampu memberikan kebaikan vitamin C sebanyak 132mg.

Selain itu, brokoli juga mempunyai banyak khasiat lain seperti mampu melawan kanser, membekalkan tenaga dan meningkatkan kesihatan jantung.

3. Buah betik

Kredit: notey.com

Betik terkenal dengan fungsinya yang baik dalam proses pelawasan. Tetapi ramai yang masih belum tahu fakta bahawa betik juga kaya dengan vitamin C.

Satu cawan betik mengandungi 88.3 mg vitamin C selain berfungsi membantu mencerahkan kulit dan menguatkan tulang manusia.

4. Buah strawberi

Gurneys

Selain daripada rasanya yang sedap, buah strawberi juga mampu meningkatkan kesihatan jantung, mengawal kandungan gula dalam darah dan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Dari segi kandungan vitamin pula, secawan buah strawberi boleh membekalkan sekitar 84.7 mg vitamin C.

5. Sayur kobis bunga

universitymagazine

Sejambak kobis bunga mengandungi sehingga 127.7 mg vitamin C serta mineral sampingan seperti serat, protein, vitamin K dan potassium.

Disamping itu, kobis bunga juga mengandungi bahan yang boleh mencegah penyakit kanser dan sakit jantung. Sayur ini juga adalah pilihan yang ideal bagi sesiapa yang mahu menurunkan berat badan.

6. Buah nanas

dicasparaperderpeso

Buah tropika ini bukan sahaja mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi (78.9 mg), malah buah nanas juga mengandungi bromelain iaitu sejenis enzim khusus untuk melancarkan penghadaman, mengurangkan risiko kembung perut dan bertindak sebagai agen anti-radang semula jadi.

7. Buah kiwi

lekhafoods.com

Selain daripada padat dengan mineral kalium (potassium) dan kuprum, dua biji buah kiwi juga mengandungi sehingga 137.2 mg vitamin C.

Sebuah kajian terkini juga mendapati bahawa buah kiwi mampu melancarkan sistem penghadaman dan meningkatkan kesihatan jantung dengan cara mengurangkan kandungan lemak dalam darah.

8. Sayur kale

wikipedia.org

Sayur salad ini diperkaya dengan dua kali ganda vitamin A dan tujuh kali ganda vitamin K berbanding kuantiti pengambilan harian yang disyorkan. Jadi, sayur ini memang baik untuk orang dewasa.

Secawan sayur kale mengandungi sehingga 80.4 mg vitamin C disamping kandungan mineral lain dan mengandungi asid lemak yang baik untuk tubuh badan manusia.

9. Sayur lada benggala

Parade

Dalam ketegori sayur-sayuran, lada benggala dikira sebagai peneraju utama bagi sayur yang kaya dengan vitamin C.

Berbanding buah oren yang hanya mempunyai 70 mg kandungan vitamin C, sayur lada benggala mengandungi 240 mg vitamin C. Perbezaan yang ketara!

Oleh itu, pengambilan sayur ini adalah jauh lebih baik untuk anda yang mahukan kandungan vitamin C dalam diet harian.

Umumnya, manusia disyorkan untuk mengambil sekitar 70mg hingga 90mg vitamin C dalam diet seharian. Berbanding suplemen, adalah lebih baik untuk kita mengambil sayur dan buah-buahan semulajadi yang lebih segar dan berkhasiat serta kaya dengan mineral-mineral lain untuk kesihatan menyeluruh.

Vitamin C amat penting bagi meningkatkan tahap imuniti badan daripada diserang penyakit. Vitamin C juga bertindak sebagai antioksida yang mengawal kesihatan sel dalam badan.

Sumber: Healthline.comReader’s Digest

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular