Ada yang mengatakan sesakit mana pun seorang anak kehilangan ibu bapa, tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan seorang ibu atau bapa menghadapi kematian anak mereka. Ianya jauh lebih sakit, lebih perit.

Namun, itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang ibu tunggal dari Filipina apabila dia kehilangan tiga orang anak lelakinya hanya dalam masa empat tahun. Tiada siapa yang dapat membayangkan betapa hancur dan luluh hatinya melihat sendiri anak-anaknya dikebumikan.

Anak sulung dan anak keduanya, Rowden dan Hasset meninggal dunia kerana menghidap kanser hati pada tahun 2014 dan 2015. Pemergian kedua-dua anak lelakinya itu membuatkan dia hanya tinggal berdua dengan anak bongsunya, Hisham atau digelar sebagai Moi. Namun, belum sempat hatinya terubat dengan kehilang Rowden dan Hasset, Hisham pula pergi meninggalkannya pada 14 November 2017.

Bagi Lorelei, setiap kali kesedihan mengetuk pintu hatinya, dia hanya menganggap bahawa semua anaknya sudah gembira di mana sahaja mereka berada sekarang dan mereka menikmati kehidupan tanpa rasa sakit lagi.

“Setiap kali saya memikirkan di mana mereka berada sekarang, saya hanya ingat bahawa mereka gembira sekarang dan mereka tidak lagi sakit. Ia memang menyakitkan tetapi masa akan tiba dan saya akan bersama mereka lagi. Saya akan tunggu masa apabila kami semua boleh bersama lagi. Dan itu memberi saya kekuatan.”

Kesedihan berturut-turut Lorelei bermula apabila dia kehilangan anak sulungnya, Rowden, pada 11 Jun 2014. Hanya enam belas bulan kemudian, anaknya yang kedua, Hasset pula mengikut langkah abang sulungnya. Sepuluh jam sebelum kematiannya, Rowden sempat berkahwin dengan isterinya dan video perkahwinan mereka menjadi ‘viral’ sehingga mampu menyentuh hati siapa yang menontonnya.

Setelah kematian kedua anaknya, Lorelei berkata dia tidak mampu untuk kehilangan Hisham. Hisham telah didiagnosis dengan kanser pada peringkat awal. Oleh itu, Hisham mengikuti diet dan regimen yang ketat untuk mencegah penyakit yang semakin merebak.

Lorelei dan Hisham optimis bahawa mereka dapat mengatasi ujian itu. Mereka juga mengembara ke Guangzhou, China untuk mengubati penyakit tersebut secara alternatif yang dikenali sebagai cryosurgery yang dikatakan adalah satu-satunya cara untuk Hisham bertahan hidup.

Tanpa sempat pembedahan dilakukan doktor di sana memberitahu bahawa kanser itu telah mencapai tahap 4 dan mustahil untuk Hisham bertahan hidup walaupun menjalankan prosedur tersebut. Mereka dinasihatkan untuk kembali ke Filipina dan mendapatkan pendapat doktor lain.

Lorelei tetap positif dan merakam video dia dan Hisham di hospital China yang tidak dinamakan sambil berkata, “Kami memuji kamu, kita memuliakan kamu Tuhan, terima kasih atas hari yang indah ini. Kita terus berjuang kerana kita mempunyai Tuhan yang besar. Kami percaya dan percaya kepada-Nya. “

Pada 1 November, ibu dan anak ini pulang ke Filipina. Dia kemudian memutuskan untuk meneruskan rawatan anaknya di rumah, dengan bantuan jururawat peribadi.

“Saya berdoa supaya Tuhan memberikan Hisham kepada saya. Saya sudah kehilangan dua anak lelaki saya dan saya tidak dapat membayangkan hidup tanpa Hisham. Sekiranya Tuhan mendengar doa saya, ini akan menjadi hadiah paling indah yang akan saya terima. Saya takut kehilangan Hisham. Sangat takut.”

Tetapi pada 14 November, Hisham, pada usia 27 tahun, akhirnya meninggal dunia akibat kanser hati seperti kedua-dua orang  abangnya dan itu adalah hakikat paling pahit yang harus ditelan oleh Lorelei.

Menurut Lorelei, ada saatnya dia mempersoalkan Tuhan atas masalah yang diberikannya. Tetapi dia juga sedar bahawa semua yang berlaku hanyalah sebahagian daripada rancangan Tuhan yang lebih besar. Apa yang berlaku membuatkan keyakinannya bertambah kuat.

“Kita semua akan mati. Apa yang penting ialah kehidupan yang abadi kelak. Yang penting adalah untuk kita selamat. Seperti apa yang anak saya Hasset memberitahu saya bahawa kita masih diberkati kerana Tuhan telah memberi kita masa untuk meminta maaf tidak seperti orang lain yang mati dengan serta-merta dan tidak dapat meminta maaf. “

GMAPublicAffair|YouTube

Sumber:  FacebookFBSummit ExpressYouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular