LONDON: Aktor kacak kelahiran Australia, Chris Hemsworth mendedahkan mahu tinggalkan dunia lakonan buat sementara untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

CinemaBlend

Keputusan berkenaan dibuat berikutan dan mahu meluangkan lebih masa beliau bersama isteri, Elsa Pataky dan anak-anak di Australia selepas menjalani sesi penggambaran tanpa henti selama lebih 12 bulan untuk Avengers: Endgame dan Men In Black.

Chris Hemsworth|Instagram

“Ketika ini, saya hanya mahu berada di rumah,” katanya yang dipetik Daily Mail.

Bagaimanapun, pelakon berusia 35 tahun itu berkata, keputusan berhenti ini hanyalah bersifat sementara.

Elsa Pataky|Instagram

Beliau akan kembali aktif tahun depan dan mahu menghabiskan masa bersama keluarga.

“Saya tidak mahu mengambil sebarang tawaran berlakon untuk tahun ini. Saya hanya mahu bersama anak-anak ketika ini.

Chris Hemsworth|Instagram

“Mereka kini di usia yang sangat penting. Jadi saya perlu juga luangkan masa bersama mereka kerana saya akan kembali sibuk di masa akan datang,” terang Chris.

Chris dan Elsa dikurniakan 3 cahaya mata, India Ros yang kini berusia 7 tahun dan pasangan kembar, Sasha dan Tristan.

Sumber: Daily Mail, People.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN

Video Popular