Ada orang yang lahir dengan kemewahan dan tidak perlu memikirkan apa melainkan hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Namun, ramai juga yang langsung tidak mendapat peluang untuk ke sekolah. Jangan kata yuran, pakaian sekolah pun mereka tidak mampu untuk beli.

Pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak dan dapat ke sekolah, belajar setiap hari adalah impian buat mereka terutama yang miskin dan tidak mampu. Setiap hari mereka melihat kawan-kawan seusia mereka seronok pergi dan pulang dari sekolah sedangkan mereka yang tidak berkemampuan pula perlu bekerja walaupun masih kecil.

Seorang kanak-kanak dari Peru pernah menjadi topik utama di media sosial apabila gambarnya yang sedang menyiapkan kerja sekolah menjadi tular. Apa yang menyentuh hati ramai ialah dia dilihat belajar di bawah cahaya lampu jalan. Demi ilmu, dia sanggup belajar di tepi jalan dan hanya ditemani lampu jalanan yang malap.

Berita mengenai kanak-kanak miskin itu telah menjadi tular sehingga mendapat perhatian seorang jutawan berusia 31 tahun dari Bahrain. Kini, kanak-kanak itu tidak perlu risau akan pelajarannya kerana bantuan daripada jutawan itu akan mengubah seluruh hidupnya.

Víctor Martín Angulo Córdoba menjadi popular di media sosial selepas imej yang ditangkap dari kamera pengawasan menunjukkan dia berusaha untuk menyelesaikan kerja rumahnya di bawah lampu jalan yang malap di Moche, Peru.


YouTube


YouTube

Semangatnya untuk menyelesaikan kerja rumahnya di kaki lima jalan pada waktu malam telah menyentuh hati berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Sejak rakaman itu disiarkan secara atas talian, Víctor telah menarik perhatian banyak organisasi yang ingin membantu dia dan keluarganya dari segi kewangan termasuk Yaqoob Yusuf Ahmed Mubarak, seorang jutawan dari Bahrain.

Selepas tahu mengenai Víctor, jutawan itu mengembara ke Peru untuk mengubah kehidupan Víctor menjadi yang lebih baik.


Chileokulto.cl

Menurut Tubarco, Mubarak telah mengubah rumah Víctor menjadi dua tingkat .

Mubarak juga berjanji untuk membantu ibu Víctor menubuhkan perniagaannya sendiri dan untuk membina semula sekolah kanak-kanak lelaki itu. Selain itu, dia juga dilaporkan telah menawarkan untuk membina makmal komputer di sekolah Victor.


Naaju

Menurut Mubarak, dia juga pernah berada di tempat Victor suatu ketika dahulu. Jadi, dia berharap agar apa yang dilakukan dapat memastikan kanak-kanak lelaki itu mempunyai masa depan yang lebih cerah bukan hanya untuk dia malah untuk keluarganya juga.

Bagi Víctor, beliau tidak mempunyai apa-apa selain berterima kasih kepada Mubarak. “Terima kasih atas bantuan yang anda tawarkan, terima kasih banyak kerana anda membantu kami membina semula sekolah kami,” katanya.

“Saya berterima kasih kepada orang-orang yang ingin melakukan ini kepada saya (membina rumah saya). Saya berterima kasih kepada mereka yang baik hati dan mereka yang telah meluangkan masa untuk datang ke rumah saya, kerana tiada sesiapa yang melakukannya.”

Sumber: Unilad 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI Pesona

Video Popular