Doktor telah menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak selepas mendapati bateri butang telah dijumpai dalam esofagusnya, dan dilaporkan bahawa bateri tersebut sudah berada di dalam esofagusnya selama enam bulan.

Shaylah Carmichael, yang berusia lima tahun dari Melbourne, telah mengalami masalah kesukaran untuk menelan makanan, demam, muntah dan penurunan berat badan sejak tahun lepas.

Bateri yang berada di dalam esofagus Shaylah selama enam bulan

cocomy

Dia dibawa ke Hospital Casey pada hujung minggu lalu di mana X-ray mendedahkan bahawa kanak-kanak itu mempunyai bateri kecil yang tersangkut di dalam esofagusnya yang menyekat laluan ke perutnya.

Shaylah dibawa ke Hospital Kanak-kanak Monash di mana dia menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang objek asing itu.

Ibunya, Kirra, 32 tahun, menyatakan bahawa dia terkejut dengan mengatakan dia ‘tidak boleh percaya’ anak perempuannya masih hidup selepas doktor gagal mendiagnosis masalah yang dialami oleh anaknya selama berbulan-bulan.

Imbasan X-ray menunjukkan bateri butang berada di dalam esofagusnya

cocomy

“Saya tidak boleh percaya gadis kecil kami masih hidup. Sesetengah kanak-kanak tidak begitu bernasib baik,” kata Carmichael dalam kongsiannya di Facebook.

Ibu yang mempunyai tiga orang anak itu berkata dia telah membawa Shaylah ke hospital berkali-kali tetapi doktor hanya melakukan X-ray di perutnya atau merujuknya kepada pakar pediatrik.

Shaylah telah mengadu sakit tekak dan berkata dia tidak dapat menelan makanannya.

“Dia kehilangan banyak berat badan dan memilih apa yang dia mampu makan. Dia kelihatan letih dan lesu. Saya mengambil video ketika dia minum sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada doktor, ” kata Carmichael kepada 9news.

Shaylah / 9news

Apabila Shaylah mula mengalami demam dan muntah, dia dikejarkan ke bilik kecemasan di mana mereka menunggu sehingga tiga jam.

Carmichael berkata doktor pada mulanya mahu mereka pulang ke rumah tetapi membenarkan mereka menginap di hospital selama satu malam selepas dia memohon agar anak perempuannya dirawat.

Dia berkata demam Shaylah semakin teruk dan dia tidak makan tetapi mereka hanya melihatnya ‘semakin lemah.’

Pada keesokan harinya, doktor mengarahkan untuk melakukan ujian barium swallow yang menunjukkan dimana makanan Shaylah menuju tetapi ujian itu kemudian dibatalkan kerana kecemasan.

Shaylah telah dijadualkan semula untuk ujian pada hari Selasa dan semasa dia bersiap untuk peperiksaan, doktor akhirnya membuat menemui sesuatu yang mengejutkan.

TheSun

Doktor segera menghantar kanak-kanak perempuan itu ke Hospital Kanak-kanak Monash untuk melakukan imbasan X-ray yang mengesahkan bahawa dia mempunyai bateri butang di bahagian esofagusnya yang telah ‘mengikis’ dalam tubuhnya selama enam bulan.

Foto yang disiarkan oleh ibu selepas pembedahan Shaylah menunjukkan bateri berbentuk cakera yang kecil dan semakin terhakis.

Carmichael mahu larangan penggunaan bateri butang dikuat kuasakan 

Shaylah yang berusia lima tahun (dari kiri) dan keluarganya di Melbourne / 9news

“Saya telah usahakan untuk mendapatkan bantuan bagi masalah anak kami untuk sekian lama. Doktor mengatakan bateri itu telah berada di esofagusnya selama berbulan-bulan. Esofagus telah luka dan dia kehilangan banyak darah sehingga mereka mengatakan dia mungkin memerlukan pemindahan darah, ” tambahnya.

9news

Bulan lepas, organisasi tidak berasaskan keuntungan, CHOICE bersama-sama dengan Australian Competition and Consumer Commission, meminta undang-undang baru yang mengawal ‘produk tidak selamat’ – termasuk bateri butang.

Bateri kecil, bulat, litium telah menjadi punca 17 kes kecederaan kanak-kanak sejak Disember 2017 dan mengakibatkan dua orang kanak-kanak maut, menurut organisasi itu.

commonswikimedia

Bateri jenis itu boleh ditemui dalam barangan isi rumah seperti jam, termometer, kawalan jauh, penimbang dapur, dan kalkulator.

Pada 2013 sebuah inkues mendedahkan gadis berusia empat tahun dari Queensland telah meninggal dunia selepas dia tertelan bateri litium saiz 2 sentimeter. Berdasarkan laporan inkues tersebut, mangsa telah muntah setengah liter darah sebelum dia meninggal dunia.

Sumber: 9news

Maybe you're interested :

Share

Video Popular