Theresa Kachindamoto baru-baru ini menjadi ketua wanita di kawasan Malawi, Afrika.  Beliau yang merupakan anak bongsu kepada ketua terdahulu, berpindah ke bandar lain dan telah menjadi setiausaha selama 27 tahun.

Walau bagaimanapun, kebaikannya yang dilakukannya dalam kehidupan seharian telah membuatkan orang yakin untuk mengundi beliau. Beliau agak terkejut apabila mendapat undi terbanyak untuk memegang jawatan ketua wanita itu, tetapi beliau menggunakan kuasa barunya untuk kebaikan.

Anak bongsu daripada 12 beradik, Kachindamoto kini menjadi ketua Monkey Bay, Malawi. Tindakan pertamanya ialah membatalkan 850 perkahwinan kanak-kanak. Perkahwinan kanak-kanak diharamkan di Malawi pada tahun 2015, tetapi banyak keluarga masih mengamalkannya.

Perkahwinan kanak-kanak di Malawi semakin tidak dapat dibendung kerana ia dibenarkan dengan izin orang tua. Malawi adalah salah satu daripada negara termiskin di dunia, dan banyak keluarga membenarkan anak mereka untuk berkahwin dengan lelaki tua semata-mata kerana mereka tidak mampu untuk menjaga mereka.

Mereka merasakan bahawa tidak mempunyai pilihan, dan mahukan anak perempuan mereka dapat hidup dengan selesa, walaupun terpaksa berkahwin pada usia 12 tahun.

Kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati bahawa lebih separuh daripada gadis-gadis di negara itu telah berkahwin sebelum berusia 18 tahun. Ramai gadis terpaksa melahirkan anak pada usia muda, yang boleh mengakibatkan banyak komplikasi kerana tubuh badan mereka masih kecil.

Walau bagaimanapun, Kachindamoto telah mengambil tindakan keras terhadap amalan tersebut. Setelah membatalkan 850 pernikahan bawah umur, beliau telah menghantar gadis-gadis ini ke sekolah.

Di sana, mereka akan dididik dan menjalani kehidupan kanak-kanak mereka secara normal. Mengetahui tidak semua orang akan bersetuju untuk menukar tradisi tersebut, beliau telah bertindak mengubah undang-undang. Beliau juga telah memecat empat ketua cawangan yang enggan memansuhkan perkahwinan kanak-kanak dan mengharamkan amalan tersebut.

Walaupun berhadapan dengan ancaman bunuh, beliau tetap tegas dengan keputusannya. “Saya tidak peduli, saya tidak kisah. Saya telah berkata apa sahaja, kita boleh bercakap, tetapi gadis-gadis ini akan kembali ke sekolah, ” katanya.

Beliau juga bertindak membayar yuran untuk beberapa orang pelajar yang keluarga mereka tidak mampu untuk menampung yuran persekolahan.

Sumber: Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular