Ketika pekerja sosial mahu melawat seorang wanita tua yang sudah berusia 110 tahun, seorang lelaki tua berambut putih menyambut mereka di pintu masuk sambil memegang kotak kek. Lelaki tersebut berusia 79 tahun, Ma Jimo merupakan anak lelaki kepada wanita tua berusia 110 tahun itu.

Ma Jimo telah membuat kejutan kepada ibunya yang telah berusia 110 tahun dengan membawa kek pada hari itu yang merupakan Hari Ibu. Ibunya kelihatan sangat terharu dengan kejutan tersebut dan mengalirkan air mata.

Ibunya yang berpakaian kemas duduk di atas kerusi roda terkejut apabila melihat anaknya membawa kek. Ma Jimo membuka kotak kek dan meletakkan lilin satu demi satu di atas kek tersebut.

Dia berkata kepada ibunya, “Hari ini adalah Hari Ibu. Para pekerja sosial datang untuk melawat kamu dan berharap berharap ibu diberi kesihatan yang baik.” Dia kemudiannya menyalakan lilin di atas kek tersebut.

Apabila melihat Ma Jimo memotong kek tersebut, dia mengalirkan air mata. “Saya sudah tua dan tidak mampu untuk bergerak dengan bebas. Anak lelaki saya juga sudah berusia 79 tahun, dan dia menjaga saya setiap hari. Ada juga masyarakat yang prihatin terhadap saya dan sering melawat saya,” kata ibunya yang terharu.

Detik paling manis adalah apabila Ma Jimo mengelap sisa kek di mulut ibunya dan berkata, “Kamu adalah ibu saya, menjaga kamu adalah tugas dan tanggungjawab saya. Saya akan sentiasa menjadi anak kamu.” Ibunya tersenyum mendengar kata-katanya.

Ma Jimo kemudian membawa ibunya ke luar rumah untuk berjemur serta berborak dengan pekerja sosial yang datang. Ma Jimo membawa ibunya bersiar di kawasan sekitar sambil melihat pokok bunga yang cantik dan tumbuh subur di situ.

Walaupun kedua-duanya sudah tua, namun ikatan mereka nampaknya sangat bahagia dan erat. Ternyata, pertalian di antara ibu bapa dan anak ialah salah satu hubungan yang paling kuat di alam ini.

Sumber: Happy Share

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular