KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal disambut esok, PLUS mengumumkan penutupan sementara kesemua laluan tambah nilai di plaza tol.

Memetik The Star, kesemua laluan tambah nilai di tol plaza PLUS akan ditutup sementara sejak 30 Mei sehingga 10 Jun, bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik.

“Sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa tambah nilai Touch ‘n Go anda di mana-mana Kiosk Tambah Nilai (SSK).

“Sebagai memastikan kelancaran lalu lintas, laluan tambah nilai akan ditutup di sepanjang lebuh raya PLUS semasa Aidilfitri ini,” katanya menerusi laman rasmi Facebook PLUS.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R and R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.

Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengumumkan 23 lebuh raya di negara ini  memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri.

Diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.

Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat:

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33 peratus

Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30 peratus

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20 peratus

Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20 peratus

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20 peratus

Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20 peratus

Jambatan Pulau Pinang – 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20 peratus

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20 peratus

Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20 peratus

Lebuhraya BESRAYA – 20 peratus

Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15 peratus (semua Kelas kenderaan)

Lebuhraya Grand Sepadu – 15 peratus

Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10 peratus

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10 peratus

Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10 peratus

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10 peratus

Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10 peratus

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10 peratus

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10 peratus

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10 peratus

Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10 peratus

Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10 peratus

Selain itu, tiga lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu:

Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) – 10 peratus

Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) – 20 peratus

Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja – 10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.

Sumber: The Star, Sinar Harian, Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular