Memasak adalah salah satu bakat atau kebolehan yang tidak semua orang miliki. Walaupun memasak sering dikaitkan dengan golongan wanita namun kaum lelaki juga tidak kurang hebatnya. Lihatlah cef-cef terkenal antarabangsa, rata-rata terdiri daripada kaum adam. Bagi yang berminat dengan bidang ini, jangan biarkan minat anda terkubur. Asahlah bakat yang anda ada, siapa tahu mungkin suatu hari nanti anda boleh menawan pentas dunia dalam bidang ini?

Gambar sekadar hiasan

Baru mencecah usia 12 tahun, seorang kanak-kanak lelaki dari Hangzhou, China ini ternyata punya bakat memasak yang luar biasa. Apa yang menariknya ialah dia dikatakan sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang ini sejak usianya 3 tahun lagi.

Setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan terus ke dapur untuk menyediakan makanan untuk makan malam buat keluarganya. Hal ini membuatkan ibunya risau apabila ujian mata pelajaran Matematik Xiaopeng hanya mendapat 1 markeh.

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan “Qianjiang Evening News”, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang bernama Xiaopeng atau “Little Fat” (nama samaran) itu akan ke dapur untuk memasak sebaik sahaja pulang dari sekolah.

Daripada menyiapkan kerja sekolah Xiaopeng malah memilih untuk ke dapur dan memasak buat ahli keluarganya. Perkara ini membuatkan kemahiran memasaknya semakin baik dari hari ke hari membuatkan keluarganya suka akan masakannya.

Gambar sekadar hiasan

Walaupun ibunya bimbang akan pelajarannya dia tetap bangga dengan pencapaian Xiaopeng. Dia juga berharap agar anaknya dapat memperbaiki markah ujian Matematik dan mata pelajaran yang lain.

Menurut ibunya, antara hobi lain anak lelakinya itu ialah mencuba resipi baharu. Dia akan melihat resipi dan cuba untuk memasak. Apa yang lebih menarik, menurut ibunya masakan anak lelakinya itu adalah lebih baik daripada masakannya sendiri!

Xiaopeng mengakui bahawa buku dan sekolah membuatkannya sering mengantuk. Guru sering mengajar akan perkara-perkara yang tidak dia fahami membuatkannya sering tertidur. Dia juga dikatakan tidak boleh berbahasa Inggeris tetapi dia boleh mengingati resipi-resipi yang ditulis di dalam bahasa Inggeris.

Hal ini membuatkan ibu bapanya bimbang dan telah membawanya berjumpa doktor. Doktor kemudian mengesahkan bahawa tahap IQ Xiaopeng berkecenderungan lebih rendah. Doktor turut menasihatkan supaya membiarkan dia melakukan apa yang dia sukakan.

Bagi kanak-kanak lelaki ini memasak adalah sesuatu yang sangat mudah. Di sekolah dia pula telah diberi peluang untuk masak di hadapan kelas. Di bawah pemerhatian dan pengawasan gurunya, Xiaopeng telah menunjukkan kemahiran memasaknya dan membuatkan rakan-rakan dan guru-gurunya kagum dengan kebolehannya. Ramai netizen turut berpendapat bahawa ibu Xiaopeng sangat bertuah kerana Xiaopeng bakal menjadi cef yang berbakat tinggi.

Sumber: COCO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular