NEW DELHI: Ketagihan melampau seorang remaja lelaki pada permainan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) akhirnya mengundang padah apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas bermain PUBG selama enam jam berterusan.

Furkhan Qureshi, disahkan meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Madhya Pradesh, India, Selasa lalu.

Menurut bapanya, Harun Rashid Qureshi, anaknya yang berusia 16 tahun itu mula bermain PUBG selepas waktu makan tengah hari dan berterusan selama enam jam.

“Sebelum rebah, dia menjadi pemarah dan mula menengking pemain lain,” katanya yang dipetik Hindustan Times.

Gambar arwah Furkhan Qureshi /Techgup

Ketika kejadian berlaku, adiknya, Fiza Qureshi duduk di sebelah mangsa dan memberitahu keadaan abangnya tertekan sehingga sanggup melemparkan telefon pintar dan fon telinga berikutan tidak berpuas hati dengan salah seorang pemain yang juga rakannya.

Furkhan kemudian dikejarkan ke hospital kira-kira 7 malam sejurus rebah namun gagal diselamatkan selepas disahkan meninggal dunia.

Pakar kardiologi, Dr Ashok Jain berkata, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tanpa denyutan nadi.

Vice/ Gambar Hiasan

Kami cuba menyelamatkan dengan melakukan renjatan dan menyuntik ubat tetapi gagal.”

Keghairahannya bermain permainan itu mungkin menyebabkan adrenalin mangsa mengalir deras hingga berlaku serangan jantung, jadi saya menasihati generasi muda supaya mengelakkan daripada bermain permainan seumpama ini kerana ia boleh menyebabkan serangan jantung,” katanya.

Sumber: Hindustan Times, Harian Metro

Maybe you're interested :

Share

Video Popular