Setiap bakal ibu bapa pasti akan mempersiapkan keperluan bayi yang bakal dilahirkan termasuklah ilmu mengenai menguruskan bayi. Ketika inilah ibu bapa akan mendengar pelbagai pendapat mengenai penyusuan bayi, makanan yang boleh dimakan bayi pada umur tertentu, corak tidur bayi dan pelbagai isu lagi. Namun perkara yang perlu ditekankan ialah pemberian air kosong kepada bayi.

Ragam Anak

Air kosong dilihat minuman yang menyihatkan dan tidak berbahaya. Malah digalakkan setiap orang dewasa untuk minum air kosong dengan secukupnya. Namun tidak digalakkan memberi air kosong kepada bayi.

Jika bayi terlebih minum air kosong, bayi berisiko diserang sawan dan koma sehingga boleh membawa maut. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga harus tahu bilakah bayi benar-benar memerlukan air kosong.

bumbumcak

Keperluan umum bayi untuk enam bulan pertama kelahiran hanyalah susu dan selepas itulah kita boleh memberi bayi minum air kosong.

Seorang ahli diet di Klinik Mayo, Katie Zeratsky berkata bayi boleh hidup tanpa air kosong sehingga umurnya setahun. Menurutnya, bayi mendapat segala khasiat makanan seperti protein, vitamin, mineral, karbohidrat dan lemak daripada susu ibu atau susu formula walaupun ketika cuaca panas.

baby center

Keperluan air kosong bagi bayi dan orang dewasa adalah tidak sama. Perut bayi masih belum boleh menghadam air kosong apatah lagi jika mereka minum air kosong yang banyak dalam masa yang singkat.

Oleh itu, jangan berikan air kosong kepada bayi yang belum berusia enam bulan. Berikan mereka hanya susu ibu atau susu formula sahaja.

Sumber: MIRROR

Maybe you're interested :

Share

Video Popular