KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidillfitri pada Rabu ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 5 Jun 2019.” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri berkenaan disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Sumber: Astro AwaniAmirul Syafiq Abdul Mutalib|Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular