Bukan mudah untuk membawa satu-satu watak dalam setiap drama atau filem yang dilakonkan. Setiap pelakon perlu mempunyai persediaan mental dan fizikal selain bakat dan kemampuan membawa watak yang ditawarkan.

Antara kategori filem paling sukar untuk dilakonkan ialah filem aksi. Para pelakon bukan sahaja perlu membawa watak dengan baik ketika berlakon malah tenaga mereka juga sudah dikerah lebih awal semata-mata untuk mendapatkan bentuk tubuh dan stamina yang diperlukan sepanjang penggambaran.

Berikut adalah 9 pelakon wanita Hollywood yang telah bekerja keras untuk membawa watak masing-masing di dalam filem yang ditawarkan. Mereka nampak sempurna di dalam skrin namun hakikatnya mereka bertungkus lumus untuk kelihatan seperti itu dan latihan yang dilakukan mereka bukan biasa-biasa!

#1 Emily Blunt, Edge of Tomorrow

© Photoshot/REPORTER   © Everett Collection / East News

Matlamat utama penyediaan fizikal Emily Blunt adalah kekuatan, stamina dan pergerakan di sendi. Pelakon itu juga terpaksa memakai ‘exosuit’ seberat 65 paun sambil mengelakkan kecederaan.

© Everett Collection / East News

#2 Alicia Vikander, Tomb Raider

© AP/East News   © Image supplied by Capital Pictures/EAST NEWS

Sebelum permulaan pembikinan filem Lara Croft, pelakon itu memerlukan 7 bulan untuk melakukan persediaan. Seorang pelatih telah menjalankan satu pelan khas untuknya iaitu dengan meniru penyediaan atlet profesional.

Vikander tetap bertahan walaupun harus menjalani jadual latihan yang sukar: angkat berat 6 kali seminggu, mendaki 2-3 kali dan tinju 4 kali seminggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Magnus Lygdback (@magnuslygdback) on

#3 Zoe Saldana, Star Trek Beyond

© Jordan Strauss/Invision/AP/East News   © Instagram/East News

Zoe Saldana melahirkan anak kembar pada bulan Disember 2014 dan dia perlu bersiap sedia untuk filem Star Trek Beyond dengan cepat. Pelakon itu telah menghabiskan hampir sepanjang tahun 2015 untuk melakukan latihan. Kerana Zoe tidak suka treadmill, jurulatihnya menjalankan program yang melibatkan tarian dan tinju.

Selepas 9 bulan kerja keras, pelakon itu boleh memakai kostum Gamora dari tahun 2013 dan dia begitu gembira sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zoe Saldana (@zoesaldana) on

#4 Brie Larson, Captain Marvel

© brielarson / instagram   © Wiese/FaceToFace/REPORTER

Brie Larson tidak begitu suka akan gim dan lebih suka menggunakan otaknya untuk bekerja daripada menggunakan tubuhnya. Untuk memiliki badan adiwira, dia dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman setiap 5 kali sehari, selama 9 bulan dan setiap sesi latihan berlangsung selama 4 jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Brie (@brielarson) on

#5 Gal Gadot, Wonder Woman

© FaceToFace/REPORTER / East News   © Image supplied by Capital Pictures/EAST NEWS

Wanita cantik yang elegan dari The Fast and the Furious ini membuat perubahan serius pada tubuhnya untuk wataknya sebagai Diana Prince. Latihan Wonder Woman bermula 6 bulan sebelum penggambaran dan berlangsung selama 6 jam sehari.

Saya melakukan latihan 2 jam di gim, 2 jam koreografi melawan dan 2 jam menunggang kuda, yang mana adalah sangat sukar.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gal Gadot (@gal_gadot) on

#6 Charlize Theron, Atomic Blonde

© Image supplied by Capital Pictures/EAST NEWS   © Jordan Strauss/Invision/AP/East News   © ddp images/Dominique Ecken/EAST NEWS

Pelakon ini kelihatan begitu hebat sebagai seorang agen MI6 dan sepanjang penggambaran skrip telah diubah kerana pencipta filem itu sedar bahawa mereka boleh melakukan pertempuran yang lebih rumit.

Kru sudah bersedia untuk merakam dan memotong babak-babak yang tidak diperlukan. Theron dikatakan telah dapat melakukan 20 babak pertempuran dengan baik, sehingga mereka tidak perlu melakukan lakonan untuk kali kedua. 98% babak stunt dilakukan sendiri oleh Theron.

#7 Daisy Ridley, Star Wars (2015 dan 2017)

© Darren Brade / eyevine/EAST NEWS   © Collection Christophel / EAST NEWS

Watak Rey dalam Star Wars (The Awakens Force dan The Last Jedi) menjadikan Daisy Ridley popular: sebelum itu, dia hanya membawa beberapa watak di dalam siri TV dan filem pendek. Untuk memiliki badan seperti pahlawan, pelakon itu berlatih selama 5 jam sehari, 5 kali seminggu.

Dia terpaksa melakukan pendakian, kickboxing dan mengangkat berat. Sebelum Star Wars, dia tidak pernah melakukan sebarang aksi melibatkan sukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daisy Ridley (@daisyridrey) on

#8 Tessa Thompson, Thor: Ragnarok

© WARNER BROS. TELEVISION / Album/EAST NEWS   © Thor: Ragnarok / Marvel Studios

Untuk menjadi Valkyrie yang sempurna, Tessa Thompson terpaksa mendapatkan kira-kira 15 lbs berat otot dengan bekerja sebanyak 6 kali seminggu.

Jurulatihnya juga mengendalikan chef di set untuk memastikan bahawa Tessa makan makanan yang betul: sayur-sayuran dan pasli yang cukup, karbohidrat yang cukup dan jumlah protein yang sederhana.

#9 Margot Robbie, I, Tonya

© AFP/EAST NEWS   © CAP/KFS/Image supplied by Capital Pictures/EAST NEWS

Margot Robbie sentiasa berada dalam bentuk fizikal yang sempurna tetapi untuk peranan seorang peluncur, dia terpaksa menjalani satu persediaan yang paling sukar dalam hidupnya. 4 jam sehari, 5 kali seminggu, selama beberapa bulan, pelakon itu cuba untuk mendapatkan otot dan belajar meluncur ais dengan koreografer profesional.

Margot Robbie/Instagram

Sumber: BrightSide

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular