Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Thailand maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon bimbitnya sambil cas.

Dalam kejadian tragis yang berlaku di rumah sewanya di Pak Chong County, wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand, lelaki tersebut yang bernama Tivara sedang menggunakan telefon bimbitnya semasa dia mengecasnya.

Malangnya, dia terkena elektrik ketika bermain permainan di telefonnya. Renjatan elektrik juga telah mengakibatkan jari-jarinya melecur teruk akibat renjatan elektrik yang tinggi.

Kwongwah

Menurut saudaranya, Udon, dia pergi rumah Tivara pada malam kejadian tetapi pintu rumahnya terkunci. Ketika itu, dia memanggil nama Tivara tetapi lelaki itu tidak menyahut bila dipanggil.

Udon kemudian memutuskan untuk memecah masuk dan dia mendapati bahawa Tivara sudah mati.

Dia melihat tubuh Tivara yang tidak bermaya di atas katil dengan jari-jarinya yang terbakar hampir dan hampir putus.

Apabila mayat Tivara ditemui, jari-jarinya terbakar dengan teruk akibat renjatan elektrik tetapi tangannya masih memegang telefon bimbitnya.

Kwongwah 

Telefon bimbit masih lagi dicas pada masa itu. Pembedahan otot pada Tivara kemudian menunjukkan bahawa dia sudah mati antara tiga hingga lima jam sebelum saudaranya menemuinya.

Bedah siasat juga telah mengesahkan bahawa renjatan elektrik dari telefon bimbitnya adalah punca kematiannya.

Pengguna telefon bimbit dinasihatkan agar tidak menggunakan telefon bimbit sambil dicas, kerana berisiko akan terkena renjatan elektrik. Renjatan elektrik boleh berpunca daripada sambungan soket yang longgar atau bocor.

Sumber: Kwongwah 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular