Hidup tanpa gurauan sememangnya tidak sempurna namun dalam bergurau, perlulah sentiasa berpada-pada. Inilah yang berlaku jika gurauan tidak kena pada masanya, di mana seorang lelaki yang merupakan penumpang kapal terbang yang menuju ke Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu, ditahan gara-gara gurauannya.

KLIA

Ketika ditanya mengenai kandungan bagasinya, dia sempat bergurau dengan mengatakan bahawa dia membawa sebutir bom di dalam bagasi. Ini mengakibatkan dia ditahan oleh pihak polis kerana bergurau mengaitkan bom di lapangan terbang adalah salah di sisi undang-undang.

Ketua Polis Kuching, ACP Awang Din Awang Gani mengesahkan penahanan pemuda itu dengan berkata bahawa suspek berusia 28 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan. Tambahnya lagi, walaupun agak tidak logik untuk ditangkap kerana gurauan sedemikian, namun ia boleh dijadikan pengajaran kepada semua.

Shutterstock

“Lapangan terbang merupakan kawasan yang dikawal selia dengan tahap keselamatan paling tinggi dan kesan gurauan sebegitu boleh mendatangkan rasa cemas dan panik dalam kalangan penumpang ataupun kaki tangan di sana,” jelasnya.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, dan Seksyen 10 (3) Akta Kesalahan Penerbangan Awam 1984 kerana membahayakan atau mungkin membahayakan keselamatan pesawat.

Sumber: The Borneo Post

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular