Anak haiwan peliharaan sememangnya comel dan sangat melucukan sehingga apa sahaja yang dilakukannya pasti akan mencuit hati kita. Telatah mereka yang bersahaja membuatkan mereka sentiasa kelihatan comel. Contohnya ketika mereka sedang tidur dengan pelbagai gaya pasti akan membuatkan siapa yang melihatnya akan tergelak besar.

Seorang pengguna Instagram, Janess Cua telah berkongsi gaya lucu anak anjingnya, Paningning yang sedang lena dalam pelbagai gaya. Percaya atau tidak, Paningning kini memiliki lebih daripada 50,000 pengikut di Instagram. Apa yang lebih melucukan anak anjingnya boleh tidur di mana-mana sahaja. Kadangkala tidur di atas lantai, kadang-kadang tidur bersama kawannya dan pernah juga dia tetridur di depan pintu. Jika dilihat pada gayanya pula bermacam gaya yang ditunjukkan sehingga gaya terlentang pun ada!

#1 Sepertinya anak anjing ini benar-benar keletihan selepas seharian bermain

The Real Paningning

#2 Baring di tengah-tengah rumah, harap tiada yang terlanggarnya

The Real Paningning

#3 Mereka mungkin baru habis berlari maraton peringkat taman perumahan

The Real Paningning

#4 Kalau sudah mengantuk, tidak kira di mana sahaja asalkan dapat tidur!

The Real Paningning

#5 Lenanya dua ekor anak anjing ini tidur di atas tilam yang empuk

The Real Paningning

#6 Main bersama, tidur pun bersama

The Real Paningning

#7 Mahu sembunyi dari tuannya supaya tuannya tidak tahu yang dia sedang tidur

The Real Paningning

#8 “Saya tidak perlukan mainan beruang untuk tidur lena”

The Real Paningning

#9 Jangan ada yang berani yang mengganggu lenanya

therealpaningning

#10 Mimpi yang indah!

The Real Paningning

Sumber: BORED PANDAtherealpaningning|Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular