Apabila bermain di taman, kanak-kanak sememangnya cenderung untuk ‘bertemu’ dengan haiwan-haiwan yang lazimnya hidup di kawasan luar rumah, seperti katak.

Gambar sekadar hiasan|Australian Geographic

Walau bagaimanapun, tidak semua orang cukup berani untuk berdepan dengan haiwan yang satu ini atas banyak alasan seperti rupanya, warna kulitnya dan sebagainya. Terutamanya bagi kanak-kanak yang belum pernah melihat katak secara langsung, maka pertemuan pertama mereka sememangnya tidak dapat diduga.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki dari Utah, Amerika Syarikat, pergi bermain di taman dan tiba-tiba seekor katak telah melompat di atas lengan kanak-kanak itu.

Trending/YouTube

Terkejut dengan kehadiran katak itu, kanak-kanak itu menangis sekuat hatinya dan meminta bantuan daripada ibunya namun malang buatnya apabila ibunya malahan mengeluarkan kamera untuk merakam momen lucu itu!

Trending/YouTube

Kemudian, untuk meredakan anaknya yang sedang menangis ketakutan, ibunya memutuskan untuk menolak sedikit katak itu daripada lengan anaknya. Tanpa disangka-sangka, katak itu segera melompat menuju ke arah mulut kanak-kanak itu lantas membuatkan kanak-kanak itu meraung dengan lebih kuat. Kasihan tetapi lucu!

Trending/YouTube

Rakaman video tersebut yang kini sudah mendapat jutaan tontonan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna internet. Antaranya menulis: “Video ini sangat kelakar, saya mungkin telah menontonnya sebanyak 50 kali,” dan yang lain juga menulis: “ibu memang sangat membantu.”

Maafkan kami wahai kanak-kanak, tetapi video ini sangat lucu dan kami tidak dapat menahan ketawa!

Sumber: Daily MailTrending/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular