Pernahkah anda memesan makanan secara dalam talian dan menulis sesuatu yang tidak masuk akal di bahagian ‘catatan’ dengan tujuan mahu melihat jika pekerja kedai membacanya atau tidak?

Nah, anda tidak keseorangan!

Dalam sebuah kiriman Facebook yang dimuat naik pada April lalu dan baru-baru ini mula tular, seorang Youtuber AnimaJinx menulis catatan yang lucu bersama dengan pesanan makanannya. Dia menulis, “hantarkan saya seorang lelaki yang kacak haha”

Kredit: AnimaJinx Malaysia

AnimaJinx menganggap bahawa permintaannya tidak akan diendahkan. Walau bagaimanapun, apabila penghantar makanan tiba dengan makanannya, sesuatu yang comel dan menghiburkan telah berlaku:

Sambil penghantar makanan memberikan pesanan sarapan kepada AnimaJinx, lelaki itu dengan janggalnya berkata, “Penghantar makanan yang kacak mula bekerja pada waktu petang…”

“Ha?”

“Penghantar makanan yang tampan hanya akan bertugas pada sebelah petang.”

Lantas AnimaJinx mengingati permintaannya yang nakal, dan mula berasa malu sambil berkata, “Aiya, awak juga kacak!”

“Dia tersenyum dan membantu saya menutup pintu, kemudian pergi sambil tertawa sendiri,” tulis AnimaJinx.

AnimaJinx Malaysia

Gembira dengan pengalaman itu, AnimaJinx memutuskan untuk memesan sarapan pagi lagi keesokan harinya dengan ucapan yang berbeza. Kali ini, dia menulis, “membuat muka lucu dengan saya dan mengambil swafoto bersama”.

Dan mereka lakukannya!

AnimaJinx Malaysia

Baiklah, tetapi nampaknya penghantar makanan ini hanya ‘melayan’ karenah pelanggannya sahaja.

Ini bukan kali pertama McDelivery telah menjadi tular kerana memenuhi permintaan pelanggan yang nakal. Pada tahun 2018, seorang pengguna Twitter menghiburkan orang ramai dengan meminta “sos yang paling banyak di Malaysia.”

Kredit: Twitter @zaynandwar / Siakap Keli Facebook

Lucu sungguh rakyat Malaysia ini!

Sumber: SAYSAnimaJinx Malaysia|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular