Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dari hari ke hari, kita sebagai pengguna semakin sukar untuk tidak menggunakan alat elektronik kerana hampir semua orang di dunia turut menggunakannya.

Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak, penggunaan alat elektronik perlu dikawal kerana dalam jangka masa yang panjang, tabiat ini akan memberi kesan negatif kepada perkembangan malahan kesihatan kanak-kanak itu sendiri.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Gigaom

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang berasal dari Filipina, John Nathan Lising sangat gemar menonton televisyen dan bermain alat elektronik. Dan disebabkan oleh terlalu banyak masa yang diluangkan dengan menonton alat elektronik, John didapati mengidap penyakit yang sukar untuk diketahui punca dan para doktor juga tidak tahu cara untuk merawatnya.

Cocomy

Menurut ibu John, sebelum tidur, John akan menonton kartun di televisyen. Selepas pulang dari sekolah pada jam 3 petang pula, John akan bermain telefon bimbit dan tablet sehingga lewat malam. Kerana John bermain permainan untuk kanak-kanak, maka ibu bapanya tidak begitu bimbang untuk membiarkannya bermain.

Daily Mail

Walau bagaimanapun, pada bulan Julai tahun lepas, John mula mengalami kelumpuhan muka. Matanya sentiasa berkelip-kelip dan mulutnya kadang-kala menggeletar. Bimbang dengan perubahan ini, ibu bapa John segera membawanya ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor juga melakukan pemeriksaan tomografi kepadanya, tetapi hasilnya menunjukkan bahawa otak John dalam keadaan yang normal.

Doktor percaya bahawa John mungkin mempunyai epilepsi setempat kerana penggunaan alat elektronik yang berlebihan. Tetapi kerana tiada bukti yang mencukupi, mereka tidak boleh membuat keputusan yang tepat dan mereka kurang pasti untuk menetapkan ubat yang betul untuk John.

Wajah John akan berkerut-kerut seperti dalam video yang berikut untuk setiap 20 hingga 30 minit.

The Josephs Daily|Youtube

Pada masa kini, kanak-kanak boleh mengakses alat elektronik dengan mudah. Sememangnya tidak realistik untuk melarang kanak-kanak daripada menonton televisyen dan bermain alat elektronik sepenuhnya, tetapi sebagai orang dewasa, kita boleh mengehadkan kanak-kanak daripada menjadi ketagih. Ibu bapa boleh membantu kanak-kanak mengembangkan minat lain, atau menetapkan syarat-syarat untuk membenarkan mereka menghabiskan masa bermain alat elektronik.

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular