Jantung merupakan organ terpenting yang ada dalam tubuh badan kita. Serangan jantung adalah penyebab utama kematian mengejut apabila jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba atas beberapa faktor termasuk disebabkan saluran darah tersumbat.

Pakar Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) Dr Beni Isman Rusani berkata, pengambilan makanan yang tidak dikawal boleh menyebabkan obesiti dan ia turut menyumbang risiko tinggi kepada penyakit arteri koronori.

Jadi, untuk mengurangkan risiko mendapat serangan jantung, kita perlu menjalani gaya hidup aktif dan mengawal pemakanan kita dengan menghindari makanan yang tidak sihat.

Berikut adalah 12 makanan yang perlu dihindari untuk mengekalkan arteri jantung anda bersih dan tidak tersumbat:

#1. Daging merah

© Depositphotos.com

Daging merah, yang merujuk kepada daging yang berwarna merah apabila mentah, seperti daging lembu atau kambing, bukanlah makanan yang sihat untuk jantung anda.

Satu kajian mendakwa bahawa orang yang mengamalkan daging merah dalam diet harian akan mempunyai tahap Trimethylamine N-oksida yang tinggi.

Trimethylamine N-oksida adalah bahan kimia yang dikaitkan dengan penyakit jantung. Penyelidik lain juga mendapati kaitan antara kerap makan daging merah dan risiko untuk mengalami serangan jantung atau strok.

#2. Sayuran dan sup dalam tin

Sayuran dan sup dalam tin dianggap sebagai cara yang mudah untuk menambah sayur-sayuran dalam diet anda, tetapi makanan ini mengandungi kadar garam yang terlalu tinggi, terutama jika mengandungi sos atau sup.

Kadar garam terlalu tinggi akan meningkatkan tekanan darah, yang mengurangkan jumlah oksigen ke jantung anda, boleh menyebabkan serangan jantung.

Bahan pengawet yang digunakan dalam makanan ini boleh memudaratkan dan bahan tambahan dalam sup yang popular, monosodium glutamat, atau MSG, telah dikaitkan dengan palpitasi jantung.

#3. Makanan beku

© Depositphotos.com

Makanan beku, adalah makanan yang mudah, murah, dan selalunya rendah kalori. Walau bagaimanapun, banyak makanan beku mempunyai kadar sodium yang tinggi, sering digunakan untuk penambah rasa, serta pengawet. Orang ramai perlu makan kira-kira 2,000 miligram sodium setiap hari, tetapi satu hidangan makanan beku mengandungi separuh daripadanya.

#4. Daging yang dirawat

© Depositphotos.com

Daging yang dirawat, yang telah ditambah dengan garam tambahan, seperti bologna atau salami, secara amnya mempunyai lemak tepu yang terlalu banyak dan dapat meningkatkan kadar kolesterol anda.

Jika diambil berlebihan, ia dapat menyebabkan saluran darah anda mengumpulkan lemak dan meningkatkan risiko serangan jantung.

Walaupun terdapat pilihan lemak rendah, daging yang dirawat secara amnya bukanlah makanan yang sihat untuk jantung kerana mengandungi kadar garam yang tinggi.

#5. Krimer kopi

© Depositphotos.com

Krim kopi mengandungi minyak hidrogenasi, sumber lemak trans yang dapat meningkatkan kadar kolesterol. Secara umumnya, jika anda tidak suka minum kopi kosong tanpa campuran, susu adalah pilihan yang lebih sihat. Menambah susu berasaskan tumbuhan biasanya merupakan alternatif yang lebih baik daripada krimer kopi.

#6. Pastri

© Depositphotos.com

Secara umum, pencuci mulut perlu dinikmati secara sederhana, tetapi pastri, seperti pai, adalah makanan yang tidak baik untuk jantung kerana mengandungi lemak trans. Satu laporan mendapati terdapat kaitan antara penyakit jantung dan asid lemak trans.

Memakan pastri yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dapat meningkatkan risiko serangan jantung. Gula dalam makanan juga boleh mengandungi glukosa 6-fosfat, yang boleh mengakibatkan kegagalan jantung.

#7. Ais krim

© Depositphotos.com

Ais krim mengandungi paras kolesterol yang tinggi. Setengah cawan ais krim vanila mengandungi lebih daripada empat gram lemak tepu. Ini adalah lebih daripada satu perempat daripada apa yang orang dewasa perlu dalam sehari.

#8. Makanan bergoreng

© Depositphotos.com

Secara umum, makanan bergoreng tidak baik untuk kesihatan kerana proses penggorengan akan menghasilkan lemak trans. Hidangan empat auns ayam goreng mempunyai kolesterol sebanyak 11 keping daging bakon. Sebaliknya, dada ayam panggang boleh menjadi sumber protein yang baik dalam diet penurunan berat badan.

#9. Soda

© Depositphotos.com

Satu kajian mendapati bahawa kerap minum minuman soda manis yang mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

#10. Makaroni dan keju

© Depositphotos.com

Macaroni dan keju mempunyai kandungan lemak tepu dan garam, serta kalori yang tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung. Oleh sebab itu, gantikan dengan susu tanpa lemak atau keju rendah lemak.

#11. Hati

© Depositphotos.com

Makanan yang mempunyai beberapa manfaat kesihatan juga boleh memudaratkan arteri anda. Walaupun hati mengandungi kadar zat besi yang tinggi, memakan hati secara berlebihan dapat meningkatkan kadar kolesterol.

Di samping itu, separuh daripada lemak yang terdapat di bahagian hati adalah tepu. Selain itu, hati juga sering dimasak dengan cara digoreng, seperti yang telah disebutkan di atas, dapat meningkatkan masalah jantung.

Sumber: Bright Side 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular